Wanita bekerjaya memilih keselesaan kasut flat

By Diba S. | Tupai – Fri, Dec 21, 2012 5:48 PM MYT




Wanita dan kasut juga umpama isi dan kuku, terutama sekali kasut bertumit tinggi begitu melambangkan ciri kewanitaan itu sendiri. Jika pergi membeli-belah sudah pasti kasut antara barang wajib yang mesti dibeli namun begitu kasut wanita juga terdapat pilihan dan jenis. Antara jenis-jenis kasut yang terdapat di pasaran adalah 'wedges',stilletto, flat dan banyak lagi.

Zaman berubah wanita sekarang semakin aktif dan sibuk maka pemilihan kasut haruslah bijak agak kesihatan juga terjaga selain mementingkan kecantikan semata-mata. Oleh sebab itu kebanyakan wanita masa kini lebih mengemarkan gaya kasut yang lebih selesa, santai dan fleksibel untuk digayakan di mana dan bila-bila masa sahaja.

Kasut Flat adalah kasut yang amat sesuai untuk digayakan di mana saja sama ada ketika anda membeli belah mahupun ke pejabat ini kerana kasut flat ini juga terdapat pelbagai pilihan gaya dan corak menarik. Tidak ketinggalan juga jika anda mahu ke majlis formal tetapi anda tidak selesa dengan kasut yang bertumit tinggi. Dengan adanya pelbagai jenis kasut flat yang menarik untuk digayakan maka ianya tetap sesuai untuk ke majlis formal.

Pemakaian kasut flat ini amatlah selesa kerana ianya tidak memberi sebarang kesakitan kepada kaki anda sewaktu berjalan pada masa yang lama jika dibandingkan dengan kasut bertumit tinggi.

Antara tips untuk memilih kasut flat :
  • Belilah kasut pada waktu siang atau petang. Ini adalah bagi mendapatkan kasut dengan ukuran yang tepat dan selesa ketika dipakai. Selain itu, pada waktu siang atau petang, kaki mengembang kepada saiz kaki yang sebenar.
  • Berdiri dengan tegak, dan pastikan kasut yang dipilih itu selesa. Buat ujian dengan cuba berjalan-jalan di dalam kedai bagi memastikan kasut tersebut sesuai dengan kaki.
  • Pilih kasut dengan corak dan warna yang sesuai dengan kaki anda supaya ia nampak menarik apabila digayakan.
  • Seeloknya pilih kasut yang mempunyai bukaan yang agak lebar untuk memberikan keselesaan kepada kaki supaya tidak terlalu ketat dan tidak menyakitkan kaki.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails