ikan patin masak tempoyak

BAHAN - BAHAN 10 - 15 biji cili padi 2 inci kunyit hidup 1st garam 3-4 sudu tempoyak 1 keping Asam keping CARA: 1. tumbukkan semua bahan2 kecuali tempoyak hingga biji cili hancur.... 2. Masukkan tempoyak dan gaul rata 3. Cuci bersih ikan dengan air asam atau dengan tepung gandum 4. Masukkan ikan dan bahan tumbuk tadi gaul2 sebati ke dalam periuk.... 5. Curahkan air separas ikan atau ikot suka nak kuah banyak mana 6. Renehkan dengan api sederhana hingga masak 7. Kacau sekali sekala dan bila kuah dah menggelegak masukkan daun kesum dan aa keping... rasakan masin masamnya...da ok tutup api

puding raja

Puding Raja / Puding Istana Bahan-bahan 2 sikat pisang lemak manis separuh masak 1 sudu besar minyak sapi (utk mengelak pisang melekat) Minyak untuk menggoreng terendam Kuah Puding 1 tin susu sejat Ideal 200ml air 3 biji kuning telur 150gm gula pasir 1 sudu teh esen vanila 1 sudu besar tepung kastard + 2 sudu besar air (larutkan) sehelai daun pandan Bahan Hiasan 100gm gajus di goreng Buah prun di potong kecil 2 urat jala mas (diceraikan), ceri merah dan hijau Resipi : Jala Mas klik DISINI Cara-cara : 1. Panaskan minyak masak, kemudian masukkan minyak sapi. Masukkan pisang dan goreng hingga kekuningan. Toskan di atas tissue dapur. Kemudian goreng gajus hingga keperangan dan toskan. Ketepikan. 2. Kuah Puding : Satukan semua bahan kecuali daun pandan dan kacau dengan whisk hingga gula larut. Tapiskan ke dalam periuk, masukkan daun pandan dan masak di atas api yang kecil sambil di kacau perlahan-lahan hingga agak pekat. Keluarkan daun pandan. 3. Ambil pisang yang di toskan tadi dan susun berlapis di dalam bekas kaca, taburkan sedikit jala mas, gajus, ceri merah dan hijau. 4. Kemudian tuangkan kuah kastard di atasnya dan taburkan lebihan jala mas, gajus, ceri merah dan hijau sebagai hiasan. Puding Raja / Puding Istana

Sambal Hitam Pahang

Resepi masakan: Sambal hitam pahang Bahan2: Belimbing Buluh - dlm 500g Bawang merah kecil -7 biji Bawang putih - 5ulas Cili padi - 15 tangkai (or leh letak byk kalau suka pedas) Ikan bilis kopek - 1 cawan Minyak utk menumis - 1 cawan Kicap lemak manis sedikit Garam -ikut rasa Gula -ikut rasa gambar : sini Cara masak.. memula..... Belimbing buluh- dibersihkan dan direbus dalam periuk tanpa air hingga hampir kering dan bewarna hitam....gunakan api yang kecil dan kacau sekali sekala.Seelok nya gunakan periuk yang dah lama dan tak guna lagi sebab periuk tu nanti akan jadi hitam dan susah nak bersihkan. aku gunakan tong susu imran... tin banyak...hihi kita rebus sampai belimbing yg diletakkan sedikit garam sehingga bertukar warna kehitaman..belimbing akan benyek nanti.. buka api kecil ye..sederhana pun boleh...n serius rebus lama...aku rebus dlm3jam lebih. dah siap.... kita terus ke proses kedua iaitu proses memasak sambal 1. Cili api,ikan bilis,bawang besar ditumbuk kasar. (kalau nak pakai blender pun boleh...tp blender kering kalau ada frood processor lg bagus.....) kemudian, tunbuk sekali belimbing buluh tersebut.. 2. Panaskan minyak 3. Masukkan bahan tumbuk.Kacau hingga separuh masak 4. Masukan belimbing,kacau rata hingga masak. Masukan garam dan gula serta sedikit kicap Sesuaikan rasa. hasilnyer... utk makluman... sambal ni kita dpt xbyk pun... 500gm aku rebus sambal ni aku dpt cuma sebekas kecik je.. no wonder la harga sambal ni mahal... sebekas kecil dah Rm6... so amacam?? kengkawan leh cuba masak jugak ye... Selamat Berbuka Puasa... da aa

Suami berkira

Suami berkira
Berbuat kebaikan kepada isteri sebenarnya menjadi pengukur tahap keimanan, ketakwaan suami di sisi Allah SWT
04 Disember 2014 3:29 PM
  15  0 Google +0      

SUAMI adalah tunggak dalam sesebuah rumah tangga. – Gambar hiasan
ROSNAH termenung panjang memikirkan apa yang diperkatakan oleh ustazah tadi. Ceramah ringkas yang disampaikan itu benar-benar terkena batang hidungnya. “Macam tahu je ustazah ni,” bisik hati kecil Rosnah.
Namun, isi ceramah ustazah tersebut cukup membuatkannya tertarik untuk duduk sehingga selesai majlis. Ada benarnya juga apa yang dikatakan oleh ustazah tersebut. Selama ini dia hanya diam membisu. Tidak berani hendak meminta itu dan ini.
Kata-kata suaminya masih terngiang-ngiang di telinganya. “Kau dah cukup baik. Dalam rumah ini segala keperluan makan dan minum sudah aku sediakan. Tak perlu lagi duit belanja,” begitu tegas suara si suami.
Lama sudah Rosnah memikirkan hal ini. Benarkah begitu? Dan hari ini dia temui jawapannya. Memang benar, sekalipun suami telah menyediakan keperluan makan dan minum yang dikatakan sebagai nafkah, namun suami perlu ada sikap ihsan kepada isteri dengan membekalkan sedikit wang untuk isteri berbelanja.
Kata ustazah itu lagi, selama ini tugas isteri sebagai suri rumah tidak pernah dibayar. Isteri akan melakukannya dengan sukarela dan lebih penting daripada itu, untuk mendapatkan ganjaran pahala daripada Allah SWT.
Bukan itu sahaja, si suami harus bersyukur kerana tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh suami telah diambil alih oleh isteri. Daripada memasak, mengemas, menjahit, menjaga anak, membasuh sehingga menggosok baju, semuanya dipikul oleh insan yang bergelar isteri dan ibu.
Justeru, menjadi kewajipan suami untuk memberi nafkah dalam bentuk wang ringgit, sekalipun si suami telah menyediakan keperluan makan dan minum di rumah. Hatta, sekiranya isteri juga bekerja, duit belanja perlu diberikan sebagai salah satu tanggungjawab memberi nafkah. Sedikit atau banyak, kata ustazah, terpulang kepada kemampuan suami tetapi biarlah ia bersesuaian.
Fikiran Rosnah terus melayang. Selama ini sejak 20 tahun mendirikan rumah tangga, tidak ada satu sen pun yang diterima daripada suami. Rosnah masih ingat, hanya sekali dia pernah merasa pemberian daripada suami, iaitu tatkala menerima wang mas kahwin. Itulah yang pertama dan mungkin juga yang terakhir. Itu pun bukannya nafkah tapi mas kahwin.
Pernah juga Rosnah terfikir untuk membeli barangan keperluan diri. Namun apakan daya, duit tiada di tangannya. Minta pada suami? Dalam setahun adalah hanya dua pasang baju yang diterima. Bukan Rosnah tidak bersyukur. Tapi dalam keadaan tertentu, apabila duit tiada di tangan, banyak perkara akan menjadi buntu.
Pernah suatu ketika, anaknya demam panas. Risau dengan keadaan tersebut, Rosnah membawa anaknya ke klinik sementara menunggu suami pulang. Dengan tebal muka, Rosnah meminta kepada doktor yang merawat anaknya untuk dia ‘berhutang’ dahulu.
Janji Rosnah, apabila suaminya pulang, suaminya akan membayarnya. Mujur doktor memahami. Begitu juga keperluan dapur yang lain. Ada kalanya Rosnah perlu berhutang dan kemudiannya dibayar oleh suaminya.
Hal-hal sebegini sebenarnya merumitkan Rosnah, bahkan menimbulkan rasa malu pada dirinya. Itu belum lagi kalau keluarga Rosnah datang menjenguk. Teringin juga menghulurkan duit kepada kedua ibu bapa yang mahu pulang semula ke kampung. Namun, apa yang harus diberikan? Duit bukan di tangannya.
Pernah Rosnah menyuarakan hal tersebut kepada suami. Namun, suaminya tidak mengambil kisah pun. Dia kata, dia sudah jalankan tanggungjawab sebagai suami termasuklah memberi nafkah kepada isteri dan keluarganya. Apa lagi yang mahu Rosnah katakan.
BERKAHWIN bunyinya seronok tapi hakikat sebenar hanya diketahui oleh orang yang mengalaminya sahaja. Benarlah kata orang tua, berat mana memandang berat lagi bahu yang memikul. Bahkan, kehidupan berumah tangga diumpamakan bahtera yang belayar di tengah lautan. Jika cekap nakhodanya, selamatlah pelayaran tersebut sekalipun berhadapan ombak yang bergelora. Demikianlah juga situasinya dalam berumah tangga. Suami ibarat nakhoda yang bertanggungjawab memastikan sepanjang perjalanan menuju ke destinasi berada dalam keadaan selamat dan tidak memberi kesan yang buruk kepada penumpangnya.
Inilah perumpamaan sebuah rumah tangga walaupun ia hanya sebuah bangunan yang terdiri daripada atap, lantai, dinding dan struktur yang dibangunkan. Namun jika asas tapaknya tidak kukuh pasti akan mendatangkan musibah yang merosakkan. Bahkan, mengakibatkan penghuninya sentiasa dalam ketakutan dan dilanda kebimbangan.
Sebagai ketua dalam rumah tangga, suami bertindak sebagai pembuat keputusan keluarga. Namun, bukan semua keputusan itu dibuat dengan kuasa yang ada. Suami perlulah mempunyai kebijaksanaan untuk membuat pertimbangan dalam semua aspek keperluan keluarga. Sebagai contoh tentang penyediaan nafkah keluarga. Suami bertanggungjawab menyediakan kemudahan asas untuk keluarga. Bahkan ada ketikanya bukan hanya melibatkan isteri dan anak-anak sebaliknya keluarga kepada isteri yang dikahwini, khususnya ibu dan bapa mentuanya.
Itu belum lagi melibatkan ahli keluarga yang lain seperti adik-beradik, ipar-duai dan juga saudara jauh dan dekat. Walaupun kedengaran berat apa yang perlu dipikul oleh seorang suami namun jika betul pengurusannya ia akan mendatangkan kebahagiaan kepada semua.
Realiti di alam rumah tangga, suami mahu atau tidak, perlu melakukan sesuatu perkara dengan pertimbangan yang wajar. Ia merangkumi pergaulan dengan isteri dan ahli keluarga dengan cara yang terbaik. Sesuai dengan firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud: Gaulilah isterimu dengan cara yang baik, kemudian jika tidak menyukai mereka (isteri) maka bersabarlah kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, pada hal Allah menjadikan padanya kebaikan yang sangat banyak. (an-Nisa’: 19)
Sementara hadis riwayat Bukhari dan Muslim menyatakan: Sesempurna iman seseorang mukmin ialah apabila ia paling baik akhlaknya dan lemah lembut kepada isterinya.” Kedua- dua sumber ini menyebut, melakukan kebaikan kepada isteri itu menjadi pengukur tahap keimanan dan ketakwaan seseorang di sisi Allah SWT.
Bukan itu sahaja, suami diperintahkan oleh Allah agar berlaku adil terhadap apa sahaja yang berkaitan dengan hak isteri dan keluarga seperti mana dalam kisah di atas. Walaupun isteri bekerja dan mempunyai hartanya sendiri, suami tidak boleh mengabaikan pemberian nafkah tersebut kerana isteri mempunyai hak terhadapnya disebabkan ketaatannya kepada suami.
Ketaatan isteri pula bukanlah semata-mata mengikut apa sahaja yang diperintahkan oleh suaminya walaupun suruhan itu bertentangan dengan kehendak Allah dan agama. Jika suami menyuruh isteri melakukan perkara yang dilarang dan berbentuk maksiat, isteri ada hak untuk menolaknya dengan hikmah. Apatah lagi dalam soal akidah.
Namun ramai suami hari ini mengambil jalan mudah dengan beranggapan apabila isteri bekerja dan mempunyai wang sendiri, suami tidak perlu memberinya. Sementelah isu isteri tidak meminta atau mengharapkan pemberian suami merupakan satu lagi fenomena yang berlaku kerana berkemungkinan isteri sudah letih atau bosan dengan sikap suami yang tidak mengendahkan keperluan mereka.
Bagi isteri jika suami faham dan tahu tanggungjawabnya, isteri tidak perlu meminta-minta kerana isteri juga belajar untuk tahu kemampuan suaminya. Jika suami boleh berbelanja untuk keperluan peribadinya seperti memenuhi hobinya sudah pasti isteri merasakan suami tidak berlaku adil terhadap hak dirinya.
Justeru, suami yang beriman dan sedar akan sentiasa bersikap sederhana terhadap keluarga. Jika terlalu melayani kehendak isteri dan anak-anak sehingga timbul masalah perbelanjaan atau pembaziran, suami dianggap tidak bijak mengurus dengan berhemah.
Sebaliknya jika suami terlalu berkira dengan setiap sen yang dibelanjakan, isteri dan anak-anak akan merasa tekanan kerana suami tidak ikhlas menjalankan tanggungjawabnya kepada keluarga.
Justeru, jadilah suami dan bapa yang penyayang dan bukan hanya tahu menggunakan kuasa mutlak seorang suami sehingga ada hati yang dilukai.
Tip kaunselor
KEBAHAGIAAN perkahwinan dan alam rumah tangga menjadi dambaan dan idaman setiap pasangan. Tip kaunselor kali ini diharap dapat membimbing para suami menjalankan tanggungjawab kepada keluarga dengan sempurna.
1Suami adalah tunggak keluarga. Pepatah Cina menyebut busuknya seekor ikan bukan daripada ekornya tapi daripada kepalanya. Kata-kata ini menggambarkan kebaikan atau keburukan sebuah keluarga bermula daripada kepimpinan seorang suami yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan keluarga dengan sebaiknya agar semua ahli menikmati kebaikan hasil kebijaksanaannya.
2Sebagai ketua keluarga suami bukan sekadar menyediakan tempat berteduh, sebaliknya perlu menyediakan segala keperluan zahir dan batin. Keperluan zahir seperti makan minum, pakaian, kemudahan pengangkutan keluarga dan juga persekitaran yang selamat. Manakala keperluan batin merangkumi kasih sayang, perhatian, bimbingan dan kefahaman untuk dihargai.
3 Suami dan bapa yang bertanggungjawab sama sekali tidak akan membiarkan keluarga dalam keadaan kesukaran. Walaupun terpaksa melalui cabaran dan dugaan, suami perlu berusaha segigih mungkin untuk memenuhi segala hak dan tuntutan keluarga dengan sebaiknya.
4 Apabila suami dilihat bersungguh-sungguh dalam usahanya untuk menjalankan tanggungjawabnya pasti isteri dan anak-anak akan memahami apa yang dilakukan. Bahkan, isteri dan anak-anak akan turut membantu mencari jalan agar setiap masalah dalam keluarga dapat diselesaikan bersama-sama.
5 Suami perlulah ikhlas dan tulus dalam tindakan dan perkataan. Anggaplah apa yang dibelanjakan untuk keluarga sebagai sedekah di jalan Allah. Pasti amalan yang dilakukan dengan ikhlas akan mendapat ganjaran daripada Allah sebaiknya. Suami yang terlalu berkira, tidak mendatangkan keuntungan kepada keluarga.
6 Suami yang bertanggungjawab sentiasa menilai prestasi dirinya sama ada telah melakukan sesuatu yang terbaik mengikut apa yang diperintahkan agama atau sekadar menjalankan tugas. Penilaian pasangan dan keluarga akan membantu mengesan prestasi diri sama ada baik ataupun sebaliknya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/suami-berkira-1.32564#sthash.kuILuc82.dpuf

Kencing Manis Semasa Mengandung

Kencing Manis Semasa Hamil dan Diet yang Sesuai

16 February 2014 by  in Kehamilan - 3 Comments
Apa itu Kencing Manis Semasa Hamil (Diabetis Gestasi)?
Sekiranya wanita yang mengandung disahkan menghidapi kencing manis, ia dikenali sebagai diabetis gestasi atau kencing manis semasa hamil. Kebiasaannya setiap wanita mengandung akan menjalani ujian diagnosis untuk mengenal pasti sama ada mereka menghidapi penyakit ini dengan Ujian Toleransi Glukosa Oral (OGTT).
Diabetis Gestasi berlaku kerana perubahan hormon di dalam badan akibat kehamilan. Hormon insulin yang berfungsi untuk mengawal paras gula tidak dapat dihasilkan secukupnya oleh pankreas semasa mengandung. Ini akan mengakibatkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan akan meningkat.
Pada masa yang sama hormon yang dihasilkan oleh uri bayi bagi tujuan tumbesaran turut menghalang badan si ibu menggunakan hormon insulin dengan efisien.
Anda tidak perlu terlalu risau sekiranya disahkan menghidapi Diabetes Gestasi kerana ia bukanlah sesuatu yang luarbiasa. 2 hingga 14% ibu hamil diserang penyakit ini. Gestasi Diabetis berbeza denganDiabetis Jenis 1 dan 2 kerana kebiasaannya paras gula dalam darah akan kembali normal selepas bersalin.
Siapakah yang berisiko untuk mempunyai Diabetis Gestasi?
  • Indeks jisim badan (BMI) lebih daripada 30;
  • Dahulu telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
  • Menghidapi Diabetis Gestasi sebelum ini;
  • Keluarga mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
  • Keluarga dari nenek moyang yang mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.
Kesan Diabetis Gestasi Kepada Bayi dan Si Ibu
Sekiranya ibu hamil tidak mengamalkan langkah penjagaan kesihatan yang optimum, ia mampu memberikan kesan negatif kepada bayi dalam kandungan terutamanya apabila paras gula dalam darah terlalu tinggi.
Gula yang banyak di dalam darah akan merentasi plasenta ke bayi dalam kandungan. Akibatnya, saiz bayi akan menjadi terlalu besar kerana menerima bekalan gula yang banyak. Bayi yang besar menyukarkan proses bersalin, dikhuatiri pembedahan caesarean terpaksa dilakukan.
Menurut kajian, bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengalami Diabetis Gestasi didapati cenderung untuk mendapat obesiti dan diabetis jenis kedua apabila mereka membesar dewasa.
Tambahan itu, walaupun Diabetis Gestasi ini kebiasaannya akan hilang selepas melahirkan,si ibu boleh mendapat diabetis mellitus jenis kedua yang kronik sekiranya mereka tidak mengambil langkah berjaga-jaga dalam mengawal paras gula dalam darah.
Rawatan untuk Diabetis Gestasi
Langkah yang terbaik untuk merawat penyakit ini sudah tentu dengan mengubah cara pemakanan dengan lebih sesuai dan sihat. Berikut adalah antara tips diet sihat untuk pesakit Diabetis Gestasi
1.    Agihkan jumlah makanan sehari kepada 3 kali waktu makan utama (sarapan, makan tengahari, makan malam) dan 2 ke 3 kali makan ringan setiap hari.
Makan terlalu banyak dalam satu masa boleh meningkatkan kadar gula dalam darah dengan mendadak. Sebaiknya, amalkan memakan snek seperti roti gandum penuh, buah atau salad di antara waktu makan utama (contoh: minum pagi, minum petang) bagi memastikan anda tidak terlalu lapar kemudian makan dengan banyak semasa waktu makan utama. Namun demikian, pemilihan snek perlulah betul.
Dalam pada itu, jangan pernah tinggalkan waktu makan semasa mengandung kerana bayi dan badan anda memerlukan ekstra nutrisi daripada pelbagai sumber makanan.
2.    Makan daripada kumpulan kanji pada kadar yang betul
Kadar yang betul itu bermaksud, lebih kurang 2-3 senduk nasi (rata) atau 2 keping roti. Banyakkan jumlah sayur di dalam pinggan kerana serat pada sayur boleh menjadikan anda kenyang lebih cepat dan lebih lama.
Makanan daripada kumpulan kanji seperti nasi, mi, roti, atau kuih muih berasaskan tepung gandum akan bertukar menjadi gula apabila diproses dalam badan. Sekiranya anda terlalu banyak memakan makanan berasaskan kanji, ia mampu meningkatkan gula dalam darah dengan mendadak.
Terdapat dua jenis makanan berkanji; Kanji kompleks dan Kanji halus. Nasi putih dan roti putih dikenali sebagai kanji halus yang begitu mudah bertukar menjadi gula semasa diproses dalam badan. Makanan ini tidak disarankan dimakan terlalu banyak oleh pesakit diabetis kerana ia mampu meningkatkan kadar gula dengan sangat cepat.
Sebaliknya, anda boleh memakan nasi perang dan roti gandum penuh yang merupakan kanji kompleks. Makanan ini mengambil masa untuk diproses menjadi gula. Justeru, mampu menstabilkan kadar gula dalam darah daripada mencanak naik dengan mendadak. Beras Ponni yang tidak mengandungi kanji juga antara pilihan yang baik.
Karbohidrat Kompleks
Makanan kumpulan kanji
3.    Minum susu hanya satu gelas (lebih kurang satu mug) pada satu masa
Susu sememangnya berkhasiat kerana kaya dengan kalsium dan ia amat penting untuk diminum semasa mengandung. Namun begitu, susu juga mengandungi karbohidrat. Minum terlalu banyak pada satu masa boleh meningkatkan kadar gula dalam darah dengan cepat.
4.    Hadkan pengambilan buah-buahan
Buah juga makanan berkhasiat tetapi tinggi dengan gula. Anda boleh makan 1 hingga 3 sajian setiap hari tapi jangan makan sekaligus dalam satu masa.Satu sajian bermaksud sebiji bagi buah kecil (epal, pisang, oren) dan sepotong bagi buah besar (tembikai, tembikai susu, betik), 8 biji anggur, 5 biji rambutan dan banyak lagi
5.    Kurangkan makanan manis dan pencuci mulut
Kek, kuih, gula-gula dan pastri kebiasaannya mempunyai kandungan kanji halus yang amat tinggi. Makanan ini juga biasanya tinggi lemak dan rendah khasiat. Kurangkan juga pengambilan air manis dan minuman berkarbonat.Selain daripada tips pemakanan sihat diatas, ibu hamil juga perlu mengamalkan gaya hidup aktif seperti bersenam ringan seperti berjalan kaki, menaiki tangga atau membuat kerja rumah – sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Apa yang paling penting, dapatkan nasihat daripada doktor dan pakar pemakanan untuk cadangan pemakanan dan pengambilan ubat yang betul serta bersesuaian dengan kesihatan anda.
pregnant-woman-exercising
Bersenam semasa mengandung

Pemakanan Sunnah

Amalan Pemakanan Sihat Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W.
Dalam Islam, Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah memilih Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam untuk menjadi model peranan kepada seluruh alam sejagat. Baginda juga turut membawa perkara yang boleh disifatkan sebagai penyempurna akhlak manusia (makarimal akhlak). Di antara perbuatan Rasulullah yang perlu diikuti dan hayati bersama adalah dari aspek etika diet Rasulullah ataupun tatacara pemakanan sihat Rasulullah S.A.W.
Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah S.A.W. adalah:
1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan.
2. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging.
3. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam.
4. Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.
5. Jangan makan buah bersama susu: - dalam erti kata lain koktel. Namun para saintis telah menemukan agar baik untuk menikmati khasiat susu bersama jus buah berkultur kerana jus susu kultur sedemikian baik untuk memperbaiki ketidakselesaan dan ketidakhadaman perut namun pengguna perlu memilih jenis jus susu kultur yang kurang kadar kemasamannya kerana kemasaman boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.
6. Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.
7. Rasulullah tidak makan ikan bersama daging.
8. Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.
9. Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat, gandum atau roti.
10. Rasulullah akan tidur sejam selepas makan tengahari.
11. Rasulullah melarang manusia untuk meninggalkan makan malam. Barangsiapa yang meninggalkan makan malamnya dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda.
12. Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu maka ia tidak digalakkan untuk mencampuri makanan tersebut dengan makanan laut misalnya udang, ikan dan sotong. Walau bagaimanapun, bercampuran makanan ini (antara makanan darat dan makanan laut) tidaklah boleh dianggap haram apabila dimakan bersama cuma ia mungkin membahayakan kesihatan.
13. Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah untuk mendapat penyakit. Berikutan perkara sedemikian, para ilmuan nutrisi telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.
14. Al-Quran mengajar manusia untuk mandi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. (sekitar pukul 4.00 hingga 6.00 pagi). Dengan cara ini, air yang sejuk mampu meresap kedalam badan sekaligus mengurangi masalah penimbunan lemak. Buktinya kebanyakan orang yang mandi pagi tidak gemuk.
15. Nabi melarang manusia makan dengan banyak dan melampau. Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang.
16. Nabi sentiasa mengamalkan meminum air dengan banyak, baginda meminta seseorang untuk sentiasa memenuhkan setengah ruang perutnya dengan air. Nabi juga mengamalkan minum air sejuk (bukan ais) yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah sukar untuk mendapat penyakit.
17. Nabi juga mengajar supaya manusia meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan. Nabi melarang manusia untuk bernafas (membuihkan air) dalam air yang untuk diminum. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada manusia.
18. Rasulullah juga menyarankan untuk bersugi (memberus gigi) setiap kali untuk menunaikan solat. Rasulullah amat tidak menyukai kepada orang yang tidak bersugi setiap hari.
19. Nabi juga turut meminta untuk berwuduk setiap kali ingin membuat perkara suci seperti solat, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya.
20. Berdoa sebelum dan setelah makan. Cuci tangan sebelum dan selepas makan dan minum dengan memegang gelas dengan tangan kanan sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minum air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.
21. Jangan disisakan sebutir nasi/bahan makanan pun yang masih elok untuk dimakan, kerana makanan juga turut berzikir pada Allah SWT. Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang dari kamu makan, kemudian suapannya jatuh dari tangannya, hendaklah ia membersihkan apa yang kotor darinya lalu memakannya, dan janganlah ia membiarkannya untuk (dimakan) syaitan.” (Silsilah hadits-hadits Shahih) no. 1404).
22. Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan berjamaah bersama keluarga, mahupun teman. Berkumpul untuk menjamah hidangan dan makanan secara berjamaah adalah suatu yang dianjurkan bagi kaum Muslimin di samping akan mendapatkan keutamaan berdasarkan hadis berikut:
“Berjamaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandungi berkat bagimu.” (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).
Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan ia berkata: Hadis ini dikhabarkan oleh Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”
23. Sunnah Nabi Muhammad juga ada menyuruh untuk makan garam secuil sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit, dan ambil lagi secuil dengan jari manis tangan kanan setelah makan. Makanlah dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun kayu chopstick. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.
24. Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga mengajar untuk kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan).
“Dan janganlah ia mengusap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).
Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam shahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).
25. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ini bagi menghindari diri dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita bersujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut dan sekaligus membekalkan oksigen pada kadar yang sesuai pada otak manusia.
26. Nabi meminta umatnya untuk menjamah makanan dengan menggunakan Shahfah/Qash’ah (talam/dulang) dan diletakkan di atas hamparan.
Makan berjamaah di atas hamparan dengan menggunakan Shahfah merupakan salah satu sunnah Nabi yang harus diikuti: tidaklah makan diatas meja makan dan tidak pula menggunakan Sukurrajah (Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dalam Syamail, sahih Bukhari no. 5386 dalam kitab Fathul Bari 9/532).
Ibnu Hajar berkata: “Guru kami berkata dalam (Syarah at-Tirmidzi): “Sukurrajah itu tidak digunakan kerana mereka (Rasulullah dan para sahabat) tidak pernah menggunakannya, sebab kebiasaan mereka makan bersama-sama (dengan Shahfa-pent) atau kerana makan dengan menggunakan sukurrajah itu menjadikan mereka tidak merasa kenyang. (Al-Fath 9/532).
27. Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan keluarganya, memakan anjing dan keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun dan berbahaya. Islam juga melarang umat manusia untuk memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya). Serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun adalah haram dalam Islam.
28. Rasulullah melarang untuk manusia tidur sesudah subuh (sesudah solat subuh sekitar pukul 6.00 pagi sehingga solat Dhuha dalam pukul 8.00 pagi) kerana rezeki yang berkat mula hadir ketika waktu tersebut. Rasulullah juga melarang untuk manusia tidur selepas solat Asar (dari sekitar pukul 4.00 petang sehingga habis menunaikan solat Isyak sekitar pukul 8.00 dan 9.00 malam).
29. Rasulullah menggalakkan umat Islam untuk bangun menunaikan Qiyamullail bermula sekitar pukul 3.00 pagi hingga masuk waktu solat subuh.
30. Islam mewajibkan penganutnya untuk berpuasa pada bulan Ramadhan selama sebulan serta disunatkan berpuasa pada hari-hari yang disunatkan berpuasa bagi menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.
31. Apabila berpuasa, makan sahur (sekurang-kurangnya meminum segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu subuh adalah diperlukan bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa). Manakala apabila berbuka puasa pada waktu sebelah Maghrib pula adalah perlu disegerakan dengan memakan manisan terlebih dahulu.
# kehidupan insan dot blogspot



Placing Your Ad's Code (NUFFNANG)

References: http://www.nuffnang.com.my/blogger/ad-placement/

Step 1: Login to your Blogger account

Login to your Blogger account at http://www.blogger.com/start. If you do not have an account yet, please click on the registration link in the same page and follow the instructions given to create your new account.

Step 2: Navigate to Design section

Okay, now you already have a Blogger account, LOG IN to your Blogger account. Then the fun begins... Oh and by the way...

There are 3 types of ads :-( You May choose either one, but we encourage to use them all
  • - The Leaderboard
  • - The large Rectangle
  • - Skyscraper
Click on the 'little arrow' next to the page list like in the picture below. Go down the list and click 'Template'.


Step 2.1:

Clicking "Template" will bring you to a page like the picture below. Click on "Edit HTML" under the Live on Blog picture next to Customize.







Step 3: Insert Nuffnang Ad Units

Adding Leaderboard Unit:
- Copy the Leaderboard code from our Nuffnang Add Ads page. Click the 'Edit HTML' box, press Ctrl + F and search for "". Paste the codes directly after the element like in the screenshot below. Click save and you're done...



Step 3.2:

Adding Large Rectangle Unit:
- Copy the Large Rectangular code from our Nuffnang Add Ads page. Click the 'Edit HTML' box, press Ctrl + F and search for "post-footer-line-3" and locate the "
" element nearby. Paste the ad codes directly above element. Click save and you are done

Step 3.3:

Adding Skyscraper Unit:
- On your Blogger dashboard, locate the navigational panel on the left next to the Live on Blog photo. Click on "Layout".

Step 3.3.1:

- Click on the "Add a gadget" link on the sidebar. In this example it is on the right.


Step 3.3.2:

- Copy the Skyscraper ad codes on our Nuffnang Add Ads page and paste it directly in the textbox area. Name your gadget, click Save and then you're all set.


Step 4: Preview Nuffnang ads

View your blog and you will see all the ad units all successfully inserted. Hope it helps and now you can start serving Nuffnang Ads!

Should you any inquiries or suggestions regarding this tutorial, please contact our Helpdesk support.

33 Petua dan Tip Kuruskan Badan Tanpa Ubat

33 Petua dan Tip Kuruskan Badan Tanpa Ubat 

 1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

http://www.rahsiaperkahwinan.com/2008/09/33-petua-dan-tip-kuruskan-badan-tanpa.html 

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails