Lelaki Bandar Gemuk dan Berpenyakit?

Lelaki Bandar Gemuk & Berpenyakitar

Hasil kajian daripada persatuan Andrologi Malaysia dan Kajian Penuaan Lelaki ( MSASAM) mendapati 77% lelaki yang berusia di antara 40-70 tahun mengalami berat badan berlebihan. Ekoran daripada masalah ini, sebanyak 48% daripada golongan itu menghadapi darah tinggi, kencing manis (28%), penyakit Jantung (12%), Prostat (30%) dan 59.4% mengalami disfungsi ereksi (ED) atau mati pucuk.

Jambang Daya Penarik

Jambang Daya Penarik

Penampilan seorang lelaki bukan sahaja terletak pada gaya pemakaian tetapi dilihat secara keseluruhan. Ada yang beranggapan lelaki berjambang atau berkumis membuatkan seseorang lelaki itu nampak serabut dan tidak kemas. Walau bagaimanapun, tidak semua wanita beranggapan begitu kerana 40% wanita menganggap lelaki yang menyimpan jambang nipis adalah lelaki yang mempunyai sifat kelakian yang kuat, matang, agresif, dan mempunyai daya penarik tersendiri.

Gelap Lebih Seksi

Gelap Lebih Seksi

Di katakan warna kulit menjadi daya penarik setiap individu. Namun hakikatnya citarasa lelaki dan wanita berbeza-beza. Di mana lelaki sukakan wanita yang berkulit cerah manakala wanita lebih meminati lelaki yang berkulit gelap. Bagi lelaki kulit putih melambangkan kesucian, baik budi pekerti mulia dan lemah, manakala wanita pula menganggap lelaki yang berkulit hitam sebagai satu misteri, rakus, bahaya dan ada tarikan seks, Ini terbukti apabila sekumpulan saintis barat Universiti Torontom Kanada merumuskan bahawa lelaki berbeza latar belakang dan keturunan mempunyai persamaan dari segi meminati wanita berkulit cerah, berambut panjang, dan menawan. Manakala wanita pula melihat lelaki yang berkulit gelap sebagai paling menarik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails