By Nadia Najib | Tupai – 18 hours ago
Seiring dengan peredaran masa, teknologi kian membangun membolehkan anda melakukan apa sahaja di satu-satu tempat tanpa perlu berasak-asak dan boleh memilih tanpa diekori jurujual. Online Shopping kini kian popular di negara kita dan ianya juga menjadi medium pertemuan di antara fesyen dan juga penggemar fesyen dalam bertukar-tukar pandangan masing-masing.
Terdapat beberapa laman sesawang yang popular jika mahu membeli belah secara Online!
Zalora
Laman web terbesar dalam perniagaan Online untuk mereka yang gemar membeli belah menerusi internet. Terdapat lebih daripada 300 jenama yang boleh didapati di dalam laman sesawang ini termasuk, Puma, Nike , Nose dan Larrie. Laman sesawang ini turut menerima tempahan dari seluruh negara dan menggunakan perkhidmatan hantar terus ke rumah pelanggan. Antara yang dijual di Zalora adalah kasut, pakaian wanita dan lelaki serta pakaian sukan boleh didapati di laman sesawang ini.
The Poplook
Nama yang tidak asing lagi pada pembeli setia selebriti tempatan kita, Sazzy Falak dan Lisa Surihani antara penggemar pembeli secara Online pakaian yang ada dijual di The Poplook ini. Mereka menjual pakaian wanita sahaja dimana kualiti dan harganya jauh lebih murah dari biasa. Harga barang di sini berharga sekitar dari RM60 hingga ke RM100 ringgit. Mereka juga turut menyediakan perkhidmatan penghantaran.
Winstick
Nama yang pada asalnya menjual pakaian hanya di blog-blog kini melangkah lebih kehadapan dengan mereka kini mempunyai laman sesawang rasmi menggunakan nama Winstick. Mereka hanya menjual pakaian untuk wanita yang kebanyakkannya mengikut trend semasa. Fesyennya pula lebih menjurus kearah wanita muda yang periang, anggun, gemar dengan rekaan flora dan mahukan yang terbaru!
Jezmine Blogspot
Antara blogger yang terkenal sejak tahun 2006 lagi, Jezmine Blossom antara blog yang seringkali memaparkan tips kecantikan serta penjualan baju yang mengikut citarasa muda kini. Antara pakaian yang dijual adalah blouse,aksesori wanita, dan sesuai untuk muslimah.
Onlinehijab
Khas untuk muslimah berhijab, layari laman sesawang ini untuk mencari tudung yang sesuai dan cantik dengan harga yang berpatutan untuk anda. Yang pasti, rekaan terbaru boleh didapati di sini tanpa perlu mencari satu persatu di kedai.
Wajah bersih dengan skrub tomato!
By Nadia Najib
POSTED BY TUPAI SELASA, MEI 29, 2012
Khasiat buah tomato
sememangnya tidak perlu dipersoalkan lagi apabila banyak produk yang menggunakan
bahan organik ini sebagai bahan utama dalam pembuatan produk mereka.
Tomato bukan
sahaja boleh dimakan malahan turut boleh digunakan sebagai skrub kulit muka
yang mana boleh membantu menghakis kulit mati, jeragat hitam dan membantu
melindungi kulit muka daripada pancaran sinaran matahari yang boleh
mengakibatkan kerosakan kulit.
Selain daripada untuk
wajah, khasiat tomato turut diperakui oleh pakar perubatan di Harvard yang
dikatakan mampu membantu menghalang penyakit kanser, diabetes dan penyakit
hati.
Ikuti cara
pembuatan sendiri (do it yourself) tomato skrub untuk kulit wajah agar
tampil berseri.
Sediakan sebiji tomato
segar yang telah dibasuh bersih
Untuk membuat skrub,
sebiji buah tomato segar yang telah dibasuh bersih diperlukan. Kemudian
dipotong setengah untuk digunakan. Simpan lebihan di dalam peti sejuk untuk
memastikan kesegarannya.
Sediakan dua sudu gula
pasir
Untuk langkah
seterusnya, letakkan gula pasir ke atas permukaan rata buah tomato yang telah
dipotong tadi.
Sapukan kepada
wajah
Gosokkan skrub tomato
tersebut di atas permukaan wajah anda secara perlahan-lahan selama lima minit.
Pastikan anda memberi perhatian kepada bahagian kulit muka yang sensitif
seperti di sekitar hidung dan dahi.
Bilas wajah dengan air bersih
Biarkan wajah anda
menyerap khasiat buah tomato itu selama lima minit sebelum membersihkannya
dengan air suam secara perlahan-lahan.
Lap wajah sehingga
kering
Jangan biarkan wajah
anda yang sudah bersih dikotori bakteria lain. Pastikan selepas anda anda
membasuh wajah anda, lap dengan menggunakan tuala muka yang bersih dan kering.
Bosan apabila memakai
baju dan malu apabila melihat perut anda kedepan? Tiada peluang untuk memakai
baju mengikut bentuk badan? Cemburu dengan mereka yang memiliki perut yang
tegap dan cantik seperti model di iklan televisyen?
Jangan merasa begitu
lagi kerana di sini terdapat 6 tips segar untuk anda kembali ramping dan
memiliki perut yang sama rata baik untuk lelaki ataupun perempuan.
Ikuti tips ini untuk
mengalami keberkesanan untuk memiliki perut kempis dengan mudah dan
senang.
Makan makanan yang
betul
Untuk miliki perut yang
kempis, perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan makanan
yang betul dan seimbang untuk tubuh badan kita. Perlu ada diet seimbang di
dalam menu seharian kita kerana dengan berdiet, kita mampu untuk membuang lemak
terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul sepatutnya mengandungi
karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral, protein, ikan dan sayuran
berdaun hijau.
Tinggalkan makanan
ringan
Mungkin ini perkara
paling sukar untuk ditinggalkan apabila saban hari kita disogok dalam
menghayati keenakan makanan ringan tidak kira pada waktu pagi, tengahari dan
juga malam. Keenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan
kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari memasak atau
mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. Untuk anda yang mahu kempiskan
perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana
ianya hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan
segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kal
(kalori) yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika anda
menjadikan pengambilan makanan ringan ini makanan wajib anda. Tidak salah untuk
merasa, namun cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun 3 bulan sekali untuk
memastikan kadar kesihatan anda terjamin.
Berhenti makan lewat
malam
Kita pasti selalu
mendengar perumpamaan ini bukan? Elak makan di waktu tengah malam. Kerana perut
kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur,
proses pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu
yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. Jika anda
makan dan kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan jika dilakukan
selalu, perut anda akan kelihatan semakin besar.
Kurangkan minuman
bergula dan soda
Pengambilan gula
berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam mengempiskan perut. Oleh yang
demikian, kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut
dengan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga
ke 6 gelas sehari.
Jangan berulam air
ketika makan
Seelok-eloknya, jauhi
makan sambil berulam dengan air kerana situasi ini mampu membuatkan perut anda
buncit. Selepas makan, biarkan seketika dan barulah kita meminum air suam.
Elakkan meminum minuman sejuk kerana proses penghadaman akan mengalami masalah
jika berulam air sejuk dan mengakibatkan perut kita senang buncit.
Lakukan senaman
kardio
Senaman ini memang
sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan perut kerana senaman ini
mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Buatlah senaman
ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian sihat anda. Bukan sahaja
dapat memiliki perut yang kempis malahan memberikan tubuh badan yang sihat.
Subscribe to:
Posts (Atom)