Wajah bersih dengan skrub tomato!

By Nadia Najib

POSTED BY TUPAI SELASA, MEI 29, 2012


Khasiat buah tomato sememangnya tidak perlu dipersoalkan lagi apabila banyak produk yang menggunakan bahan organik ini sebagai bahan utama dalam pembuatan produk mereka. 

 Tomato bukan sahaja boleh dimakan malahan turut boleh digunakan sebagai skrub kulit muka yang mana boleh membantu menghakis kulit mati, jeragat hitam dan membantu melindungi kulit muka daripada pancaran sinaran matahari yang boleh mengakibatkan kerosakan kulit. 

Selain daripada untuk wajah, khasiat tomato turut diperakui oleh pakar perubatan di Harvard yang dikatakan mampu membantu menghalang penyakit kanser, diabetes dan penyakit hati. 

 Ikuti cara pembuatan sendiri (do it yourself) tomato skrub untuk kulit wajah agar tampil berseri. 

Sediakan sebiji tomato segar yang telah dibasuh bersih 
Untuk membuat skrub, sebiji buah tomato segar yang telah dibasuh bersih diperlukan. Kemudian dipotong setengah untuk digunakan. Simpan lebihan di dalam peti sejuk untuk memastikan kesegarannya. 

Sediakan dua sudu gula pasir 
Untuk langkah seterusnya, letakkan gula pasir ke atas permukaan rata buah tomato yang telah dipotong tadi.  

Sapukan kepada wajah 
Gosokkan skrub tomato tersebut di atas permukaan wajah anda secara perlahan-lahan selama lima minit. Pastikan anda memberi perhatian kepada bahagian kulit muka yang sensitif seperti di sekitar hidung dan dahi. 

Bilas wajah dengan air bersih 
Biarkan wajah anda menyerap khasiat buah tomato itu selama lima minit sebelum membersihkannya dengan air suam secara perlahan-lahan. 

Lap wajah sehingga kering 
Jangan biarkan wajah anda yang sudah bersih dikotori bakteria lain. Pastikan selepas anda anda membasuh wajah anda, lap dengan menggunakan tuala muka yang bersih dan kering.



Bosan apabila memakai baju dan malu apabila melihat perut anda kedepan? Tiada peluang untuk memakai baju mengikut bentuk badan? Cemburu dengan mereka yang memiliki perut yang tegap dan cantik seperti model di iklan televisyen? 

Jangan merasa begitu lagi kerana di sini terdapat 6 tips segar untuk anda kembali ramping dan memiliki perut yang sama rata baik untuk lelaki ataupun perempuan. 

Ikuti tips ini untuk mengalami keberkesanan untuk memiliki perut kempis dengan mudah dan senang. 

Makan makanan yang betul 
Untuk miliki perut yang kempis, perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan makanan yang betul dan seimbang untuk tubuh badan kita. Perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian kita kerana dengan berdiet, kita mampu untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral, protein, ikan dan sayuran berdaun hijau. 

Tinggalkan makanan ringan 
Mungkin ini perkara paling sukar untuk ditinggalkan apabila saban hari kita disogok dalam menghayati keenakan makanan ringan tidak kira pada waktu pagi, tengahari dan juga malam. Keenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari memasak atau mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. Untuk anda yang mahu kempiskan perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kal (kalori) yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika anda menjadikan pengambilan makanan ringan ini makanan wajib anda. Tidak salah untuk merasa, namun cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun 3 bulan sekali untuk memastikan kadar kesihatan anda terjamin. 

Berhenti makan lewat malam 
Kita pasti selalu mendengar perumpamaan ini bukan? Elak makan di waktu tengah malam. Kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur, proses pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. Jika anda makan dan kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan jika dilakukan selalu, perut anda akan kelihatan semakin besar. 

Kurangkan minuman bergula dan soda 
Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari. 

Jangan berulam air ketika makan 
Seelok-eloknya, jauhi makan sambil berulam dengan air kerana situasi ini mampu membuatkan perut anda buncit. Selepas makan, biarkan seketika dan barulah kita meminum air suam. Elakkan meminum minuman sejuk kerana proses penghadaman akan mengalami masalah jika berulam air sejuk dan mengakibatkan perut kita senang buncit. 

Lakukan senaman kardio 
Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian sihat anda. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis malahan memberikan tubuh badan yang sihat.





0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails