Siapa Layak Digelar Hot Mama?
Dapat
dilihat ramai artis wanita yang sudah bergelar ibu, namun masih kekal
bergaya serta mempunyai potongan badan persis anak dara. Jika ditanya,
ramai yang berkongsi mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat serta diet
seimbang.
Berikut GUA.com.my senaraikan beberapa nama artis yang masih tampil menawan sehingga layak digelar ‘hot mama’.
Sazzy Falak
Ibu
kepada anak kembar, Imaan Lily Nazril dan Tiara Rose Nazril sering
mengamalkan diet sihat untuk keluarganya. Selain mengamalkan pemakanan
seimbang, Sazzy juga aktif bersenam dan dia berdisiplin mengikut jadual
rutinnya.
Sazzy juga tampil dengan rekaan fesyen keluarannya
sendiri walaupun sibuk dengan kerjaya seni dan menguruskan keluarga.
Tidak mustahil Sazzy dapat mengekalkan bentuk tubuhnya sama seperti
sebelum mempunyai anak. Gaya potongan rambut pendek paras bahu yang
disesuaikan dengan fesyen pakaian yang ranggi,ceria dan segar membuatkan
Sazzy tampil muda sentiasa.
1
Nana Mahazan
Walaupun
sudah tidak aktif dalam bidang seni, namun Nana tetap mendapat
perhatian di laman sosial Instagram kerana dia sering berkongsi gelagat
anak-anaknya bersama peminat. Baru sahaja selesai berpantang, Nana kini
telah kembali langsing.
Isteri kepada Raqeem Brian ini mungkin
bertuah kerana tidak menghadapi kesukaran untuk kembali langsing secara
mudah. Bagaimanapun, dia turut berkongsi yang dia juga turut melakukan
senaman ringkas untuk tujuan kesihatan.
Nana juga memilih
potongan rambut pendek bagi memudahkannya mengendalikan dua orang
anaknya iaitu Althea dan Aaqib. Nana juga dilihat mewarnakan rambutnya
untuk kelihatan lebih ‘funky’.
2
Nora Danish
Ibu
kepada Rayqal ini sering mendapat perhatian jejaka-jejaka di luar sana
kerana rupa parasnya yang comel serta tubuhnya yang cilik. Malah, ramai
juga yang tidak percaya Wanita ini sebenarnya sudah berusia lebih 30
tahun. Akaun Instagram milik Nora sering mendapat puluhan ribu ‘like’
kerana gelagatnya bersama Rayqal yang begitu comel.
Peminat turut
menggelar Nora sebagai Song Ji Hyo Malaysia kerana rupa parasnya yang
comel tanpa solekan tebal. Malah, Nora juga bijak bergaya setiap kali
menghadiri acara-acara hiburan. Adakalanya dia tampil anggun, dan
sesekali kelihatan santai.
Hubungan cinta Nora dan teman
lelakinya, Nedim Nazri Aziz bukan lagi perkara rahsia. Sehingga kini
Nora tetap menjadi pujaan ramai lelaki kerana dia lebih menawan
berbanding sebelum berkahwin dahulu.
3
Erra Fazira
Bekas
Ratu Cantik Malaysia ini memang tidak dapat disangkal lagi keanggunan.
Setiap kali dia melangkah ke acara karpet merah, pasti lensa kamera akan
tertumpu kepadanya. Dengan wajah dan bentuk badan menawan, Erra
seakan-akan tidak dimamah usia. Sebagai seorang ibu, Erra dan anaknya,
Engku Aleesya dilihat begitu rapat, malah dia juga gemar menggayakan
anak perempuannya mengikut gaya semasa.
Berbanding dengan artis
lain yang mengikat perut untuk memastikan tubuh cantik menawan, Erra
tidak begitu mengamalkan diet yang begitu ketat, namun mengamalkan
pemakanan seimbang. 4
5) Ziana Zain
Diva
bervokal lantang ini sudah mempunyai empat orang cahaya mata dan anak
sulungnya sudah mencecah usia 14 tahun. Walaupun hidup di arus
globalisasi teknologi, namun dia tetap berdisiplin setiap kali melalui
proses berpantang. Ziana selesa mengikut cara tradisional biarpun ramai
ibu muda sekarang ini enggan melakukannya.
Mungkin ini rahsia
atau formula wanita berusia 46 tahun ini kekal menawan sehingga digelar
sebagai Jennifer Lopez Malaysia. Penampilannya yang begitu elegan dan
anggun membuatkan ramai wanita menjadikannya idola.
Walaupun
sentiasa sibuk, namun Ziana tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai
seorang isteri dan ibu kerana dia juga tangkas dalam menjalankan
tanggungjawabnya di rumah. Dia juga sering menghadiri majlis-majlis di
sekolah anak-anaknya bagi memberikan sokongan
Amy Mastura
Penyanyi, pengacara dan pelakon cilik ini
sememangnya sentiasa muda dan dilihat tidak dimamah usia. Walaupun
terdapat sesetengah artis yang menggunakan pembedahan plastik, suntikan
botox serta Vitamin C, namun Amy lebih selesa melalui proses penuaan
secara semula jadi.
Ibu kepada Adriana, 14 dan Adalia, 9, itu
mengakui yang dia tidak begitu bijak bergaya seperti sesetengah artis
lain, namun dia turut mementingkan pemakanan serta mengamalkan gaya
hidup sihat.
6)
Rozita Che Wan Isteri kepada Zain Saidin ini sedang hamil tiga bulan. Rozita atau Che Ta mengakui yang tidak gemar bersenam. Malah mengakui yang dia wajib makan nasi dua kali sehari, tetapi mengambilnya dalam jumlah sederhana. Ramai yang ingin mengetahui rahsia Che Ta kekal langsing walaupun sudah mempunyai dua orang lelaki yang sedang meningkat remaja. Namun Che Ta menjelaskan yang dia tiada sebarang rahsia untuk dikongsi. Jelas Che Ta dia percaya tubuh badannya kekal langsing kerana faktor keturunan di mana ahli keluarganya tidak ada yang mengalami masalah berat badan.
7)
Sumber:
https://my.entertainment.yahoo.com/photos/siapa-layak-digelar-hot-mama-slideshow/siapa-layak-digelar-hot-mama-photo-001000397.html
HOT MAMA
0 comments:
Post a Comment