Amalan Pemakanan Sihat
Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W.
Dalam Islam, Allah Subhanahu
Wa Ta'ala telah memilih Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam untuk menjadi
model peranan kepada seluruh alam sejagat. Baginda juga turut membawa perkara
yang boleh disifatkan sebagai penyempurna akhlak manusia (makarimal akhlak). Di
antara perbuatan Rasulullah yang perlu diikuti dan hayati bersama adalah dari
aspek etika diet Rasulullah ataupun tatacara pemakanan sihat Rasulullah S.A.W.
Antara tatacara pemakanan sihat
Rasulullah S.A.W. adalah:
1. Rasulullah tidak minum susu
sewaktu baginda menjamah ikan.
2. Rasulullah tidak minum susu
sewaktu baginda memakan daging.
3. Rasulullah tidak minum susu
sewaktu baginda memakan ayam.
4. Rasulullah melarang meminum
susu bersama cuka.
5. Jangan makan buah bersama
susu: - dalam erti kata lain koktel. Namun para saintis telah menemukan agar
baik untuk menikmati khasiat susu bersama jus buah berkultur kerana jus susu
kultur sedemikian baik untuk memperbaiki ketidakselesaan dan ketidakhadaman
perut namun pengguna perlu memilih jenis jus susu kultur yang kurang kadar
kemasamannya kerana kemasaman boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya
lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.
6. Rasulullah tidak makan ikan
bersama daun salad.
7. Rasulullah tidak makan ikan
bersama daging.
8. Rasulullah tidak makan ikan
bersama telur.
9. Rasulullah tidak memakan
buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya
Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat, gandum atau roti.
10. Rasulullah akan tidur
sejam selepas makan tengahari.
11. Rasulullah melarang
manusia untuk meninggalkan makan malam. Barangsiapa yang meninggalkan makan
malamnya dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah dan badannya
akan berganda.
12. Dalam Kitab Al-Quran ada
melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya
seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu maka ia tidak
digalakkan untuk mencampuri makanan tersebut dengan makanan laut misalnya udang,
ikan dan sotong. Walau bagaimanapun, bercampuran makanan ini (antara makanan
darat dan makanan laut) tidaklah boleh dianggap haram apabila dimakan bersama
cuma ia mungkin membahayakan kesihatan.
13. Nabi Muhammad SAW pernah
melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana
ia akan menyebabkan si pemakan mudah untuk mendapat penyakit. Berikutan perkara
sedemikian, para ilmuan nutrisi telah membuat kajian dan menemukan keputusan
bahawa dalam makanan darat mempunyai ion+(Positive Ions) sedangkan dalam
makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini
bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions)
yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan
teruk.
14. Al-Quran mengajar manusia
untuk mandi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit.
(sekitar pukul 4.00 hingga 6.00 pagi). Dengan cara ini, air yang sejuk mampu
meresap kedalam badan sekaligus mengurangi masalah penimbunan lemak. Buktinya
kebanyakan orang yang mandi pagi tidak gemuk.
15. Nabi melarang manusia
makan dengan banyak dan melampau. Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan
ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang.
16. Nabi sentiasa mengamalkan
meminum air dengan banyak, baginda meminta seseorang untuk sentiasa memenuhkan
setengah ruang perutnya dengan air. Nabi juga mengamalkan minum air sejuk
(bukan ais) yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah
sukar untuk mendapat penyakit.
17. Nabi juga mengajar supaya
manusia meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan. Nabi melarang manusia
untuk bernafas (membuihkan air) dalam air yang untuk diminum. Hal ini kerana
udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan
bacteria yang merbahaya kepada manusia.
18. Rasulullah juga
menyarankan untuk bersugi (memberus gigi) setiap kali untuk menunaikan solat.
Rasulullah amat tidak menyukai kepada orang yang tidak bersugi setiap hari.
19. Nabi juga turut meminta
untuk berwuduk setiap kali ingin membuat perkara suci seperti solat, membaca
Al-Quran, berzikir dan sebagainya.
20. Berdoa sebelum dan setelah
makan. Cuci tangan sebelum dan selepas makan dan minum dengan memegang gelas
dengan tangan kanan sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika
sesi menjamah makanan, minum air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun
setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta
mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya
setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar
tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.
21. Jangan disisakan sebutir
nasi/bahan makanan pun yang masih elok untuk dimakan, kerana makanan juga turut
berzikir pada Allah SWT. Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang
dari kamu makan, kemudian suapannya jatuh dari tangannya, hendaklah ia
membersihkan apa yang kotor darinya lalu memakannya, dan janganlah ia
membiarkannya untuk (dimakan) syaitan.” (Silsilah hadits-hadits Shahih) no.
1404).
22. Makan dan minum perlulah
dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan berjamaah bersama
keluarga, mahupun teman. Berkumpul untuk menjamah hidangan dan makanan secara
berjamaah adalah suatu yang dianjurkan bagi kaum Muslimin di samping akan mendapatkan
keutamaan berdasarkan hadis berikut:
“Berjamaahlah dalam menyantap
hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandungi berkat
bagimu.” (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).
Berkenaan dengan seseorang
yang datang kepadanya dan ia berkata: Hadis ini dikhabarkan oleh Rasulullah
SAW, “Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka
Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu
menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam
menyantap makananmu.”
23. Sunnah Nabi Muhammad juga
ada menyuruh untuk makan garam secuil sebelum makan untuk menolak 70 macam
penyakit, dan ambil lagi secuil dengan jari manis tangan kanan setelah makan.
Makanlah dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun kayu chopstick.
Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.
24. Nabi Sallallahu ‘Alaihi
Wasalam juga mengajar untuk kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah
menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak
terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.
(Enzim sejenis alat percerna makanan).
“Dan janganlah ia mengusap
tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang
itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat
untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta
manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia
mengangkat shahfahnya hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya
pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih
no. 1404).
Berkata Imam Nawawi, tentang
makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata:
Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat,
sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau
pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam
shahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu
agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).
25. Waktu sembahyang subuh
disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas
membaca doa). Ini bagi menghindari diri dari sakit kepala atau migrain. Ini
terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita
bersujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam
saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah
akan mengalir ke ruang tersebut dan sekaligus membekalkan oksigen pada kadar
yang sesuai pada otak manusia.
26. Nabi meminta umatnya untuk
menjamah makanan dengan menggunakan Shahfah/Qash’ah (talam/dulang) dan
diletakkan di atas hamparan.
Makan berjamaah di atas
hamparan dengan menggunakan Shahfah merupakan salah satu sunnah Nabi yang harus
diikuti: tidaklah makan diatas meja makan dan tidak pula menggunakan Sukurrajah
(Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dalam Syamail, sahih Bukhari no. 5386 dalam
kitab Fathul Bari 9/532).
Ibnu Hajar berkata: “Guru kami
berkata dalam (Syarah at-Tirmidzi): “Sukurrajah itu tidak digunakan kerana
mereka (Rasulullah dan para sahabat) tidak pernah menggunakannya, sebab
kebiasaan mereka makan bersama-sama (dengan Shahfa-pent) atau kerana makan
dengan menggunakan sukurrajah itu menjadikan mereka tidak merasa kenyang.
(Al-Fath 9/532).
27. Islam melarang penganutnya
untuk meminum arak, memakan babi dan keluarganya, memakan anjing dan
keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun dan berbahaya. Islam juga
melarang umat manusia untuk memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan
sebagainya). Serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun adalah haram dalam
Islam.
28. Rasulullah melarang untuk
manusia tidur sesudah subuh (sesudah solat subuh sekitar pukul 6.00 pagi
sehingga solat Dhuha dalam pukul 8.00 pagi) kerana rezeki yang berkat mula
hadir ketika waktu tersebut. Rasulullah juga melarang untuk manusia tidur
selepas solat Asar (dari sekitar pukul 4.00 petang sehingga habis menunaikan
solat Isyak sekitar pukul 8.00 dan 9.00 malam).
29. Rasulullah menggalakkan
umat Islam untuk bangun menunaikan Qiyamullail bermula sekitar pukul 3.00 pagi
hingga masuk waktu solat subuh.
30. Islam mewajibkan
penganutnya untuk berpuasa pada bulan Ramadhan selama sebulan serta disunatkan
berpuasa pada hari-hari yang disunatkan berpuasa bagi menjamin kesihatan yang
berkekalan sepanjang hayat.
31. Apabila berpuasa, makan
sahur (sekurang-kurangnya meminum segelas air sejam sebelum solat subuh dan
selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu subuh adalah diperlukan bagi
menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa). Manakala apabila berbuka
puasa pada waktu sebelah Maghrib pula adalah perlu disegerakan dengan memakan
manisan terlebih dahulu.
#
kehidupan insan dot blogspot
0 comments:
Post a Comment