Alangkah indah jika ke......................

from website: http://www.panduanpengantin.com/honeymoon/

Sudah berkahwin? Selamat Pengantin Baru untuk semua (pengantin baru atau lama) semoga berbahagia sehingga ke anak cucu. Sudah semestinya setelah selesai hari perkahwinan, perkara yang akan difikirkan adalah Honeymoon atau Bulan Madu. Kemana hendak pergi berbulan madu? Pertanyaan ini pasti akan lahir di fikiran setiap bakal pengantin yang telah selesai berkahwin .

Dalam negara atau luar negara? Atau cukup hanya di rumah sahaja?

Bali - antara tempat yang sering menjadi pilihan utk berbulan madu

Mungkin anda gemar melancong dan telah merancang untuk bercuti berbulan madu di mana-mana sahaja. Ya, tetapi jangan tergesa-gesa untuk keluar berhoneymoon, anda perlu mulakannya di rumah. Bangkitkan suasana ceria bersama pasangan anda bermula dari rumah sebelum anda memutuskan keluar berbulan madu di mana-mana sahaja kerana di sinilah anda bakal meneruskan hidup bersama dan berbulan madu.

Kerana apa yang penting sebenarnya adalah suasana yang menjanjikan ketenangan, kedamaian serta jauh dari keramaian. Oleh yang demikian hiasi rumah anda dengan bunga-bungaan dan ubah susun atur rumah anda supaya tampak lebih baru dan ceria sesuai untuk mood anda sebagai pasangan pengantin.

Bagaimana untuk merancang Bulan Madu anda?

Berikut adalah perkara-perkara yang anda berdua perlu fikirkan sebelum bertolak ke destinasi bulan madu anda:

1 ) Bajet yang anda ada , kawal bajet anda sebaiknya agar tidak terlalu membebankan.
2 ) Destinasi pilihan samada ke luar atau hanya dalam negara
3 ) Tempoh masa untuk bercuti
4 ) Tetapkan tarikh dan waktu yang sesuai
5 ) Ejen pelancongan untuk dipilih

Pastinya telah banyak perbelanjaan telah digunakan untuk majlis perkahwinan anda sebelum ini, oleh itu anda perlu pandai merancang bajet seterusnya untuk bulan madu anda. Sebenarnya , anda tidak perlu untuk ke luar negara untuk berbulan madu sedangkan Malaysia mempunyai pelbagai tempat menarik yang belum pernah kita kunjungi. Tiada gunanya kalau kita kenal destinasi pelancongan luar negara tetapi tidak mengenali kawasan pelancongan tempatan.

Pulau Perhentian

Fraser's Hill

Contoh Pakej Berbulan madu:
RAMZA TRAVEL & TOURS AGENCY:

2 DAYS 1 NIGHT FRASER'S HILL HONEYMOON PACKAGE
2D1N /FH /FSR /0107


Package - RM 365.00 per couple

Includes :
• One night accommodation in a specially decorated studio apartment with queen size bed
• One welcome drink voucher for 2 person
• One breakfast voucher for 2 person
• One fine candle light dinner at Open Terrace.
• Coffee & Tea making facilities.
• Free voucher for Horseback Riding or Paddle Boating for 2 person.

Excludes :
• Return land transfer Kuala Lumpur - Fraser’s Hill
• horse riding – RM 4 ( adult ) / RM 3 ( child )
• paddle boating – RM 6 ( 2 person )

Lebih Tips Berbulan Madu

1- Hindari tujuan perjalanan yang akan membebankan anda dengan jadual yang padat.
2 - Carilah tempat-tempat yang tenang dan membuat anda berdua bersantai.
3 - Pilih lokasi hotel dengan servis layanan yang terbaik agar masa romantis anda tidak terganggu.
4 - Bawalah pakaian dan perlengkapan lain dengan secukupnya. Sesuaikan dengan keadaan cuaca tempat yang akan anda kunjungi.
5 - Jangan lupa pula kelengkapan seperti topi, kacamata pelindung / hitam, krim untuk sinar matahari, sisir dan perlengkapan mandi lainnya.
6 - Bawalah persediaan kecemasan seperti ubat - ubatan yang biasa untuk kecederaan ringan seperti luka, lebam dan sebagainya.
7 - Jangan lupa membawa passport dan kad pengenalan diri yang diperlukan.
8 - Dan yang paling penting, jangan lupa untuk membawa sijil perkahwinan anda.

Selamat berbulan madu.

Berikut adalah beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan bulan madu di Malaysia:

SYARIKAT PILIHAN
No 7, Baron Walk, Jalan Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah
012-5907732
Menyediakan Pakej Honeymoon yang menarik mengikut budget yang di minta di Pulau Langkawi serta Malaysia dan juga diluar negara.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails