Ida: Saya Berjaya Kurangkan 10kg Dalam 3 Bulan
Posted in Health & Fitness, Success Stories, Weight Loss by Kevin Zahri with 43 Comments
- Nama: Ida Shahriza Yusoff
- Layari: laman web Facebook
- Sasaran: Kurangkan Berat Badan
- Pencapaian: Kurangkan 10kg Dlm 3 Bulan
- eBook yang dibeli: Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.
Salam Kevin dan semua,
Nama saya Ida. Entry kali ini agak sukar saya nak cerita. Actually if u all nak tahu, time time sekolah dulu, Ida tak lah segemuk macam dalam gambar di bawah …tapi memang berisi sikit. Masa tu Ida aktif bersukan di sekolah dan kolej dulu. Saya main badminton dan bola jaring. Tau je lah, kalau dah biase bersukan once u all stop akan naik mendadak. Ini lah yang Ida alami semasa praktikal pada tahun 2008.
Tahun 2008 adalah masa Ida start praktikal kat RTM Johor Bahru. Buat kerja tak banyak mana – tak keluarkan peluh (kurang senaman dan aktiviti). Balik je dari kerje pun, Ida tidak tak buat senaman dan selepas tu mak masak sedap2. Memang tak boleh tahan. Lepas makan malam, selalu lepak dengan family and than malam tidur awal. Masa tu saya memang malas untuk bersenam – entah kenapa!?
Over time, Ida tak perasan sangat yang badan dah naik. Tapi bila tengok gambar tu, nak menjerit pun ada. Memang tak sanggup. Tapi orang pertama yang terkejut tengok saya macam ini adalah Encik Helmi (sekarang dah menjadi tunang saya.) ..dia rase tak percaya after 5 tahun kami terpisah (dulu satu sek)..tiba2 dia tengok saya jadi segemuk ini (lihat gambar di bawah).
Then dia beri ida semangat utk turunkn berat badan. Bayangkan berat ida naik sampai 70kg time ni..dengan ketinggian 167cm je. Sangat tak sesuai sebab buat badan ida rasa berat ,cepat letih dan banyak baju & seluar sudah sendat. Ida pun amek keputusan untuk diet dan amalkan senaman setiap hari. After 3 month ida buat rutin senaman setiap hari.
Alhamdulillah ida Berjaya turunkan 10kg dalam masa 3 bulan. Sangat bersyukur dari 70kg sudah turun 60kg..
Nak tahu apa yang ida amalkan?
Ini adalah petua-petua yang Ida amalkan untuk kurangkan berat badan
- Breakfast jangan sesekali skip & ida akan makan nasi time lunch sahaja dalam kuantiti sederhana.
- Waktu malam ida tak sentuh nasi pun..ida akan mam nestum atau biskut atau ape2 yg ringan n berkhasiat pada waktu malam
- Suke menari. Ida tak suke jogging sangat. Jadi saya buat aktiviti yg ida sangat suke iaitu menari dan aerobic dance. Tapi sorang-sorang je dekat umah. Memang best! Ida buat 30 minute sehari.
- Lain itu, Ida amalkan senaman sit up 25 kali setiap hari.
Kesimpulannya? You all kena berdisiplin. Selalu bersukan. Jangan ambil produl-produk untuk kuruskan badan kerana memang di tidak berkesan dan tidak bagus untuk kesihatan!
Sekarang alhamdulillah. Ida takde la kurus sangat. Ida just nak fit badan and yang paling penting – sihat! Now dah boleh pakai baju yg dulu tak boleh pakai. Kalau dulu size seluar 31, sekarang dah 29. Memang seronok sangat.
0 comments:
Post a Comment