KUIH BUTIR NANGKA

KUIH BUTIR NANGKA

by : http://www.trymasak.my/recipes/user/blogresipi/text/Kuih%20Butir%20Nangka

Ingredients

  • 4 cawan tepung beras pulut
  • air
  • sedikit kapur makan (kite tak letak, takde)
  • secubit garam dan air daun pandan
  • (bahan utk kuah)
  • santan dari setengah biji kelapa
  • gula /brown sugar
  • 1 sudu makan halba (kite tak letak, kurang gemor) & halia
  • garam
  • daun pandan
Directions

  1. Masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna. kacau.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul.
  3. Buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. tambah air ikut keperluan.
  4. Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan, bila masak ia akan timbul.
  5. Apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.
  6. Untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih.
  7. Bila dah siap bolehla dicampurkan butir nangka bersama kuahnya. sedia untuk dihidang.
  8. Lebihkan santan kalau nak kuah banyak. begitu juga dengan halba. boleh ditambah sukatannya kalau suka.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails