ikan patin masak tempoyak
BAHAN - BAHAN
10 - 15 biji cili padi
2 inci kunyit hidup
1st garam
3-4 sudu tempoyak
1 keping Asam keping
CARA:
1. tumbukkan semua bahan2
kecuali tempoyak hingga biji
cili hancur....
2. Masukkan tempoyak dan gaul
rata
3. Cuci bersih ikan dengan air
asam atau dengan tepung
gandum
4. Masukkan ikan dan bahan
tumbuk tadi gaul2 sebati ke
dalam periuk....
5. Curahkan air separas ikan atau
ikot suka nak kuah banyak
mana
6. Renehkan dengan api
sederhana hingga masak
7. Kacau sekali sekala dan bila
kuah dah menggelegak
masukkan daun kesum dan aa
keping... rasakan masin
masamnya...da ok tutup api
puding raja
Puding Raja / Puding
Istana
Bahan-bahan
2 sikat pisang lemak
manis separuh masak
1 sudu besar minyak
sapi (utk mengelak
pisang melekat)
Minyak untuk
menggoreng terendam
Kuah Puding
1 tin susu sejat Ideal
200ml air
3 biji kuning telur
150gm gula pasir
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar tepung
kastard + 2 sudu besar
air (larutkan)
sehelai daun pandan
Bahan Hiasan
100gm gajus di goreng
Buah prun di potong
kecil
2 urat jala mas
(diceraikan), ceri
merah dan hijau
Resipi : Jala Mas klik
DISINI
Cara-cara :
1. Panaskan minyak
masak, kemudian
masukkan minyak
sapi. Masukkan
pisang dan goreng
hingga kekuningan.
Toskan di atas tissue
dapur. Kemudian
goreng gajus hingga
keperangan dan
toskan. Ketepikan.
2. Kuah Puding :
Satukan semua bahan
kecuali daun pandan
dan kacau dengan
whisk hingga gula
larut. Tapiskan ke
dalam periuk,
masukkan daun
pandan dan masak di
atas api yang kecil
sambil di kacau
perlahan-lahan hingga
agak pekat. Keluarkan
daun pandan.
3. Ambil pisang yang
di toskan tadi dan
susun berlapis di
dalam bekas kaca,
taburkan sedikit jala
mas, gajus, ceri merah
dan hijau.
4. Kemudian tuangkan
kuah kastard di
atasnya dan taburkan
lebihan jala mas, gajus,
ceri merah dan hijau
sebagai hiasan.
Puding Raja / Puding
Istana
Sambal Hitam Pahang
Resepi masakan:
Sambal hitam pahang
Bahan2:
Belimbing Buluh - dlm 500g
Bawang merah kecil -7 biji
Bawang putih - 5ulas
Cili padi - 15 tangkai (or leh letak
byk kalau suka pedas)
Ikan bilis kopek - 1 cawan
Minyak utk menumis - 1 cawan
Kicap lemak manis sedikit
Garam -ikut rasa
Gula -ikut rasa
gambar : sini
Cara masak..
memula..... Belimbing buluh-
dibersihkan dan direbus dalam
periuk tanpa air hingga
hampir kering dan bewarna
hitam....gunakan api yang kecil
dan kacau sekali sekala.Seelok nya
gunakan periuk yang dah lama dan
tak guna lagi sebab periuk tu
nanti akan jadi hitam dan susah
nak bersihkan.
aku gunakan tong susu imran...
tin banyak...hihi
kita rebus sampai belimbing yg
diletakkan sedikit garam sehingga
bertukar warna
kehitaman..belimbing akan benyek
nanti..
buka api kecil ye..sederhana pun
boleh...n serius rebus lama...aku
rebus dlm3jam lebih.
dah siap....
kita terus ke proses kedua iaitu
proses memasak sambal
1. Cili api,ikan bilis,bawang besar
ditumbuk kasar.
(kalau nak pakai blender pun
boleh...tp blender kering
kalau ada frood processor lg
bagus.....)
kemudian, tunbuk sekali belimbing
buluh tersebut..
2. Panaskan minyak
3. Masukkan bahan
tumbuk.Kacau hingga separuh
masak
4. Masukan belimbing,kacau rata
hingga masak.
Masukan garam dan gula serta
sedikit kicap
Sesuaikan rasa.
hasilnyer...
utk makluman... sambal ni kita
dpt xbyk pun...
500gm aku rebus sambal ni aku
dpt cuma sebekas kecik je..
no wonder la harga sambal ni
mahal...
sebekas kecil dah Rm6...
so amacam??
kengkawan leh cuba masak jugak
ye...
Selamat Berbuka Puasa...
da aa
Subscribe to:
Posts (Atom)