How to tell if your boyfriend loves you


Love is a lot more than extravagant chocolates and fun, moon-lit kisses. Yet how do you know when your boyfriend has fallen for you or if he still thinks ‘The One’ is out there waiting for him? These five signs will help you answer that question and will show you whether your boyfriend really loves you or not.

Cara mengatasi masalah keputihan?


Amalan tradisional yang biasa diamalkan:

Cara Pertama
1. Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan.
2. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih.
3. Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan itu.
4. Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga sejuk.
5. Apabila air rebusan telahpun sejuk,anda tapislah air rebusan itu.
6. Minum air tersebut 2 kali sehari.
7. Amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu sembuh.

Cara Kedua
1. Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkanya.
2. Kemudian anda sediakan 1 liter air suam.
3. Ramas kesemua daun sireh tadi bersama-sama air suam tadi.
4. Tapislah air tersebut.
5. Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda.
6. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.
7. Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami.
17 tips merawat masalah keputihan, semoga ia akan membantu permasalahan anda.
 Tips Merawat Masalah Keputihan
1. Daun jeruju hitam
Basuh daun jeruju hitam secukupnya dengan bersih. Rebuskan dengan tiga gelas air, biarkan mendidih sehingga menjadi satu gelas. Setelah sejuk, tapiskan air didihan tersebut dan minum.
2. Rizom keladi gajah
Hiris rizom keladi gajah nipis-nipis kemudian digoreng tanpa minyak bersama kira-kira segenggam beras sehingga hangus. Masukkan ia ke dalam air dan rebus selama beberapa jam, seelok-eloknya 5 jam. Campurkan gula ke dalam rebusan tersebut dan biarkan sejuk.  Apabila telah sejuk, tapis dan minum.
3. Daun baru cina
Ambil kira-kira 30g daun baru cina. Rebuskan sehingga mendidih dan tapiskan apabila telah sejuk. Bolehlah diminum.
4. Tapak leman
Ambil dalam 20g daun dan akar Tapak leman dan dipotong kecil. Sertakan juga 10g daun inai, 15g rizom kunci kuning dan 30gm daun misai kucing. Rebuskan kesemua bahan tersebut dan sejukkan. Tapis dan minum dua kali sehari sebelum datang haid.
5. Senduduk
Ambil segenggam daun senduduk, sepotong bonglai dan halia. Rebuskan bahan-bahan tersebut bersama sedikit gula. Tapis apabila telah sejuk untuk diminum.
6. Beluntas
Ambil daun beluntas secukupnya dan rebus dengan segelas air. Tapis apabila telah sejuk dan minum.
7. Beras
Tanak nasi sehingga hangus. Ambil kerak nasi tersebut dan panggang  sehingga hangus. Kemudian tumbuk sehingga lumat dan masukkan ke dalam setengah cawan air panas dan minum. Amalkan setiap hari sehingga masalah keputihan hilang.
8. Sirih
Ambil 10 helai daun sirih dan direbus dengan satu liter air. Tapiskan. Air rebusan ini digunakan untuk menggantikan ‘feminine hygiene’. Selamat digunakan walaupun ketika haid.
9. Delima
Ambil kulit buah delima secukupnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan kulit buah delima tersebut dan tapiskan apabila telah sejuk.  Digunakan sebagai ubat sapu.
10. Sentul
Akar sentul dipotong kecil dan direbus dengan tiga gelas air sehingga menjadi satu gelas. Tapis dan minum apabila telah sejuk.
11. Turi
Ambil segenggam daun turi dan kunyit. Basuh bersih dan tumbuk sehingga lumat. Masukkan ke dalam 3/4 cawan air panas dan dikacau rata. Biarkan untuk beberapa minit sebelum diperah dan ditapis untuk diminum. Amalkan dua kali sehari.
Satu cara lagi ialah dengan mengambil 120g daun turi, 120g daun sirih, 50g daun ketumbel dan 150g daun jambut batu, hancurkan dan direbus dengan air secukupnya. Campurkan ke dalam air mandian dan berendamlah untuk beberapa minit di dalam air campuran tersebut.
12.  Balung ayam ungu
Ambil kira-kira 60g bunga balung ayam dan daging secukupnya. Rebus dengan tiga gelas air sehingga daging menjadi empuk. Makan daging dan minum air rebusan itu apabila telah sejuk.
13. Balung ayam lebar
Ambil 15g balung ayam lebar yang kering, 15g daun hempedu bumi kering dan hati-hati ungu kering. Rebus dengan tiga gelas air sehingga menjadi satu gelas. Tapis dan minum apabila telah sejuk. Amalkan dua kali sehari seeblum makan.
14. Bunga Butang
Rebus bunga butang dengan segelas air. Tapis dan minum apabila telah sejuk.
15. Bunga matahari
Rebus akar dan batang bunga matahari sehingga air rebusan tinggal separuh. Tapis dan minum apabila telah sejuk.
16. Siantan/jarum-jarum
Ambil bunga siantan kira-kira segenggam dan rebus. Biarkan sejuk sebelum diminum.
17. Cempaka telur
Rebus bunga cempaka telur secukupnya sehingga mendidih. Tapis dan minum apabila telah sejuk.


Top 5 membeli belah secara Online!

By Nadia Najib | Tupai – 18 hours ago

 Seiring dengan peredaran masa, teknologi kian membangun membolehkan anda melakukan apa sahaja di satu-satu tempat tanpa perlu berasak-asak dan boleh memilih tanpa diekori jurujual. Online Shopping kini kian popular di negara kita dan ianya juga menjadi medium pertemuan di antara fesyen dan juga penggemar fesyen dalam bertukar-tukar pandangan masing-masing. 

Terdapat beberapa laman sesawang yang popular jika mahu membeli belah secara Online! 

Zalora
Laman web terbesar dalam perniagaan Online untuk mereka yang gemar membeli belah menerusi internet. Terdapat lebih daripada 300 jenama yang boleh didapati di dalam laman sesawang ini termasuk, Puma, Nike , Nose dan Larrie. Laman sesawang ini turut menerima tempahan dari seluruh negara dan menggunakan perkhidmatan hantar terus ke rumah pelanggan. Antara yang dijual di Zalora adalah kasut, pakaian wanita dan lelaki serta pakaian sukan boleh didapati di laman sesawang ini. 

The Poplook
Nama yang tidak asing lagi pada pembeli setia selebriti tempatan kita, Sazzy Falak dan Lisa Surihani antara penggemar pembeli secara Online pakaian yang ada dijual di The Poplook ini. Mereka menjual pakaian wanita sahaja dimana kualiti dan harganya jauh lebih murah dari biasa. Harga barang di sini berharga sekitar dari RM60 hingga ke RM100 ringgit. Mereka juga turut menyediakan perkhidmatan penghantaran. 

Winstick
Nama yang pada asalnya menjual pakaian hanya di blog-blog kini melangkah lebih kehadapan dengan mereka kini mempunyai laman sesawang rasmi menggunakan nama Winstick. Mereka hanya menjual pakaian untuk wanita yang kebanyakkannya mengikut trend semasa. Fesyennya pula lebih menjurus kearah wanita muda yang periang, anggun, gemar dengan rekaan flora dan mahukan yang terbaru! 

Jezmine Blogspot
Antara blogger yang terkenal sejak tahun 2006 lagi, Jezmine Blossom antara blog yang seringkali memaparkan tips kecantikan serta penjualan baju yang mengikut citarasa muda kini. Antara pakaian yang dijual adalah blouse,aksesori wanita, dan sesuai untuk muslimah. 

Onlinehijab 
Khas untuk muslimah berhijab, layari laman sesawang ini untuk mencari tudung yang sesuai dan cantik dengan harga yang berpatutan untuk anda. Yang pasti, rekaan terbaru boleh didapati di sini tanpa perlu mencari satu persatu di kedai.

Wajah bersih dengan skrub tomato!

By Nadia Najib

POSTED BY TUPAI SELASA, MEI 29, 2012


Khasiat buah tomato sememangnya tidak perlu dipersoalkan lagi apabila banyak produk yang menggunakan bahan organik ini sebagai bahan utama dalam pembuatan produk mereka. 

 Tomato bukan sahaja boleh dimakan malahan turut boleh digunakan sebagai skrub kulit muka yang mana boleh membantu menghakis kulit mati, jeragat hitam dan membantu melindungi kulit muka daripada pancaran sinaran matahari yang boleh mengakibatkan kerosakan kulit. 

Selain daripada untuk wajah, khasiat tomato turut diperakui oleh pakar perubatan di Harvard yang dikatakan mampu membantu menghalang penyakit kanser, diabetes dan penyakit hati. 

 Ikuti cara pembuatan sendiri (do it yourself) tomato skrub untuk kulit wajah agar tampil berseri. 

Sediakan sebiji tomato segar yang telah dibasuh bersih 
Untuk membuat skrub, sebiji buah tomato segar yang telah dibasuh bersih diperlukan. Kemudian dipotong setengah untuk digunakan. Simpan lebihan di dalam peti sejuk untuk memastikan kesegarannya. 

Sediakan dua sudu gula pasir 
Untuk langkah seterusnya, letakkan gula pasir ke atas permukaan rata buah tomato yang telah dipotong tadi.  

Sapukan kepada wajah 
Gosokkan skrub tomato tersebut di atas permukaan wajah anda secara perlahan-lahan selama lima minit. Pastikan anda memberi perhatian kepada bahagian kulit muka yang sensitif seperti di sekitar hidung dan dahi. 

Bilas wajah dengan air bersih 
Biarkan wajah anda menyerap khasiat buah tomato itu selama lima minit sebelum membersihkannya dengan air suam secara perlahan-lahan. 

Lap wajah sehingga kering 
Jangan biarkan wajah anda yang sudah bersih dikotori bakteria lain. Pastikan selepas anda anda membasuh wajah anda, lap dengan menggunakan tuala muka yang bersih dan kering.



Bosan apabila memakai baju dan malu apabila melihat perut anda kedepan? Tiada peluang untuk memakai baju mengikut bentuk badan? Cemburu dengan mereka yang memiliki perut yang tegap dan cantik seperti model di iklan televisyen? 

Jangan merasa begitu lagi kerana di sini terdapat 6 tips segar untuk anda kembali ramping dan memiliki perut yang sama rata baik untuk lelaki ataupun perempuan. 

Ikuti tips ini untuk mengalami keberkesanan untuk memiliki perut kempis dengan mudah dan senang. 

Makan makanan yang betul 
Untuk miliki perut yang kempis, perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan makanan yang betul dan seimbang untuk tubuh badan kita. Perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian kita kerana dengan berdiet, kita mampu untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral, protein, ikan dan sayuran berdaun hijau. 

Tinggalkan makanan ringan 
Mungkin ini perkara paling sukar untuk ditinggalkan apabila saban hari kita disogok dalam menghayati keenakan makanan ringan tidak kira pada waktu pagi, tengahari dan juga malam. Keenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari memasak atau mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. Untuk anda yang mahu kempiskan perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kal (kalori) yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika anda menjadikan pengambilan makanan ringan ini makanan wajib anda. Tidak salah untuk merasa, namun cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun 3 bulan sekali untuk memastikan kadar kesihatan anda terjamin. 

Berhenti makan lewat malam 
Kita pasti selalu mendengar perumpamaan ini bukan? Elak makan di waktu tengah malam. Kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur, proses pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. Jika anda makan dan kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan jika dilakukan selalu, perut anda akan kelihatan semakin besar. 

Kurangkan minuman bergula dan soda 
Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari. 

Jangan berulam air ketika makan 
Seelok-eloknya, jauhi makan sambil berulam dengan air kerana situasi ini mampu membuatkan perut anda buncit. Selepas makan, biarkan seketika dan barulah kita meminum air suam. Elakkan meminum minuman sejuk kerana proses penghadaman akan mengalami masalah jika berulam air sejuk dan mengakibatkan perut kita senang buncit. 

Lakukan senaman kardio 
Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian sihat anda. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis malahan memberikan tubuh badan yang sihat.





Rose Cameron Highlands

sumber: http://spiderlili.blogspot.com/2011/10/ohrose-cameron-highlands-ii.html


Seperti yang saya katakan sebelum ini, rose CH selalunya akan mati di tangan saya setelah seminggu dibeli.  Waktu itu, saya masih dengan 'fikiran bodoh' saya.. iaitu, rose CH perlu diletakkan di dalam rumah/ tempat yang terselindung dari cahaya matahari.  Ini kerana saya fikir di CH tidak panas jadi, rose CH mesti tidak mahukan tempat yang panas.  Tidak cukup dengan itu, saya letakkan rose saya berhimpitan dengan pokok2 yang lain dimana ianya menyebabkan keadaan yang lembab dan mengundang spidermites.

Dan akhirnya rose2 saya itu akan mati dan saya akan tertanya-tanya sendiri.. Mengapa ianya terjadi???

Akhirnya saya menemui jawapan yang sebenar.  Rupa-rupanya rose CH memerlukan cahaya matahari seperti biasa.  Cuma pada awal pembelian ianya perlu menjalani 'hardening process' supaya ia tidak terkejut dengan perubahan cuaca dan tekanan..

Hardening Process (hasil tunjuk ajar sifu raf) :

Minggu 1-2

Letakkan rose anda di tempat yang separa tertutup seperti di beranda, di porch dan di tepi tingkap.  Dimana ianya masih mendapat cahaya dan pengudaraan yang baik cuma tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari panas. 

Namun begitu, pastikan anda meletakkan rose anda dibawah 100% cahaya matahari pagi kira-kira 2-3 jam.  Paling baik dari jam 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Siram rose anda pada waktu pagi dan petang.. tetapi jangan terlalu banyak air kerana memandangkan rose tersebut tidak terdedah kepada cahaya matahari terus dalam jangka waktu yang panjang dikhuatiri tanah menjadi lembab.

Dalam tempoh ini, anda boleh membiarkan bunga rose anda berkembangan mekar atau jika tidak mahu ada boleh juga memotong bunga tersebut untuk memberi rose anda lebih tenaga.

Dan ingat.. dalam tempoh ini, jangan baja rose anda.


Minggu 2-3

Bawa rose anda menikmati 100% cahaya matahari pagi dari jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 tengahari.  Petangnya anda boleh letakkan kembali rose anda ditempat yang agak redup.  Dan pastikan pada akhir minggu ketiga, anda beransur-ansur letakkan ianya lebih lama dibawah cahaya matahari.  Mungkin dari jam 8.00 pagi sehingga jam 3.00 petang. Mengikut keadaan pokok tersebut.  Dan pada tempoh ini, pastikan anda menyiram rose anda 2 kali sehari dengan air yang secukupnya. (Secukupnya bermakna anda perlu menyiram sehingga air mengalir dibawah pasu).

Minggu 4

Pada waktu ini, rose anda sudah belajar dan biasa dengan cahaya dan keadaan di laman anda.  Tukarkan ia kedalam pasu yang lebih besar dan letakkan ia ditempat yang mendapat 100% cahaya matahari dan biarkan ianya disitu untuk membesar.  (Penting untuk menukar rose anda ke dalam pasu dan tanah baru.  Kerana saya pernah ter 'skip' langkah ini, akibatnya rose saya jadi merana dan kurang zat.. makan masa berbulan untuk ia pulih semula).

Dalam tempoh ini, rose anda akan mula mengeluarkan tunas dan akhirnya daun baru.  Pada waktu ini, saya akan membuang semua buds yang ada bagi memberikan pokok rose lebih tenaga untuk membesar dan mengeluarkan daun baru yang sihat.  Tetapi terpulang kepada anda, anda boleh membiarkan ianya berbunga jika anda suka. 

Pastikan anda memberi rose anda baja supaya ianya boleh membesar dan mengeluarkan bunga yang cantik.  Pada masa ini, anda akan dapati size bunga, daun dan warna dan bentuk bunga akan berubah.  Namun begitu ianya tetap cantik dan hebat..

Nota : Seorang rakan pernah memberitahu saya bahawa dia tidak pernah menggunakan cara diatas untuk pokok rose ch yang dibelinya.. tetapi sebaliknya dia terus membuang semua daun dan semua buds rose tersebut dan terus letakkan dibawah 100% cahaya matahari.  Dan rose CH nya tetap hidup subur.  Saya tidak pernah mencuba cara rakan saya itu.. kerana takut pokok rose ch sy akan mati, tetapi mungkin suatu hari nanti, saya akan cuba untuk tujuan experimen... (hehe..)




Minggu 1-2


Minggu 2-3 (Waktu Petang saya biarkan didalam rumah)

Minggu 4 (Telah saya tukarkan kedalam pasu yang lebih besar)

Tips penjagaan diri di awal kehamilan


Penjagaan Semasa Kehamilan

Perlu dielak mengambilnya ketika hamil...

1. Aspirin - akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.
2. Alkohol - meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.
3. Litium - ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.
4. Vitamin A - jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.
5. Tetrasaiklin - sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.
6. Ubat penahan sakit - boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.
7. Rokok - ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.
8. Hentikan kegiakan lasak - seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.
9. Minuman tertentu - kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.
10. Makanan - makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan. 
Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung

Lawatan Pertama 

Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat. 

Lawatan Kedua 

Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan meraba uterus @ bayi dalam kandungan anda yang sedang membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak. Masalah utama kebanyakan ibu pada masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam.

Lawatan Ketiga 

Biasanya usia kehamilan masuk minggu ke 20, Selain pemeriksaan asas, anda akan menjalani ujian PIH (Pregnancy Induced Hypertension) iaitu pemeriksaan terperinci untuk melihat kesihatan ibu. Ujian-ujian tersebut termasuklah:
� Air kencing 
� Tekanan darah 
� Berat badan 
� Ujian darah ( diambil dari vena pada lengan ibu) 
� Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan) 

Lawatan Keempat 

Usia kehamilan masuk minggu ke 24. Ibu akan menjalani ujian asas berikut: 
� Air kencing 
� Tekanan darah 
� Berat badan 

Lawatan Kelima

Usia kehamilan masuk minggu ke 28. Selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

Lawatan Keenam

Usia kehamilan masuk minggu ke 32. Pada masa ini ujian asas dan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Kedua akan dilakukan ke atas anda. 

Lawatan Ketujuh

Usia kehamilan masuk minggu ke 34. Ujian ultrasound akan dilakukan bagi memastikan kedudukan kepala bayi, uri, berat serta saiz bayi.
Lawatan Kelapan Dan Seterusnya Lawatan Seminggu Sekali 
Dan seterusnya anda perlu lakukan lawatan seminggu sekali sehingga hari bersalin tiba.

Pentingnya Pemakanan

1. Protein - meningkatkan tahap kepekaan. Terbentuk dari asid amino. Tirosin boleh meningkatkan penghasilan dopamine, norepinephrine and epinephrine. Pengambilan makanan berprotein boleh meningkatkan tenaga mental. Makanan yang mengandungi protein termasuklah ikan, ayam, daging dan telur. Kekacang (seperti yangterdapat dalam Diafood), susu, keju dan tofu. 
2. Karbohidrat - Anti stres dan memberi ketenangan. Karbohidrat merangsang pelepasan insulin ke dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid amino dari dalam darah kecuali trptophan yang akan diserap ke dalam serotonin. Kerana itulah ramai yang berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua minggu kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang mengandungi karbohidrat termasuklah roti, gandum, nasi, emping dan buah-buahan. Untuk kesan yang lebih baik, makan protein dan karbohidrat secara berasingan. 
3. Asid Folik - mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di dalam otak menurun. 200 mikrogram mencukupi untuk mengatasi dipresi dan jumlah ini boleh didapati dari sayur bayam atau meminum segelas jus oren.
4. Selenium - mencegah dari cepat marah. Kemurungan, keradangan, degil dan susah hati berlaku kerana kekurangan selenium. Selenium boleh diperolehi dari kekacang (Diafood), sandwich tuna dan biji bunga matahari. 
5. Flavonoids - Tindakan antioksida dari flavonoids melindungi dari berlakunya hilang ingatan disebabkan oleh faktor ketuaan dengan cara menghalang kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan aliran darah. Koko di dalam susu Intel-Lac mengandungi flavonoids yang diperlukan untuk kesihatan minda. 
6. Zat Besi - Kekurangan zat besi dikaitkan dengan masalah ingatan jangka pendek. Sekiranya kekurangan zat besi berlaku di kalangan kanak-kanak ia boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Ia boleh didapati dari kekacang, kekeras, sayuran daun hijau, ikan dan telur.
7. Vitamin E - Tahap vitamin E yang rendah di dalam darah dikaitkan dengan kelemahan sewaktu ujian mengingat. Vitamin E boleh mengurangkan kerosakan tisu disebabkan oleh radikal bebas. Diafood mengandungi vitaminE. 


Setiap ibu hamil perlu tahu perkaran paling penting sepanjang tempoh kehamilannya ialah tahu menjaga dan mengambil pemakanan kesihatan yang terbaik sepanjang tempoh kehamilannya. Satu-satunya rumusan yang ada di pasaran untuk ibu diawal kehamilan adalah Salindah. 
Oleh itu Mengandung.com amat mengalakkan serta mensarankan agar ibu-ibu hamil mengambil produk lengkap Salindah dari awal kehamilan sehinggalah habis pantang.


Last edited by on Fri 22 Jun 2007, 12:13 pm; edited 1 time in total

----Forum Paramedik Malaysia-----

Kaktus: Tidak perlu disiram kerap

Sumber : Metro

KINI semakin ramai gemarkan tumbuhan gurun seperti kaktus yang dipenuhi duri hiasan laman rumah.
Lebih membanggakan jika tanaman berkenaan mula membesar dan mengindahkan suasana taman. 
Bagaimanapun, anda perlu mengetahui sepenuhnya sifat dan kaedah penjagaan kaktus kerana tumbuhan itu berbeza berbanding tanaman lain.

Ada spesies kaktus boleh digantung berjuntai di balkoni atau pergola yang tidak terdedah dengan cahaya matahari.


Panduan penanaman kaktus

1) Pasu

  • Elak membeli pasu terlalu besar.

    Ini bagi mengelak penyerapan air terlalu banyak ketika disiram hingga menyebabkan tumbesaran kaktus terganggu.
  • Kaktus merimbun boleh ditanam dalam pasu bulat rendah dihiasi batu-batuan semula jadi sebagai titik tumpu ruang atau taman.


    2) Tanah
  • Gunakan tanah khas untuk tanaman kaktus atau �kombinasi tanah pasu, campuran pasir dan batu kelikir halus.
  • Ada juga kaktus yang sesuai dengan semua jenis tanaman.


    3)Pemasuan semula
  • Elak akar kaktus tercedera ketika dikeluarkan daripada pasu lama.
  • Tidak perlu disiram terlalu banyak air dan terkena terus cahaya matahari sekurang-kurangnya seminggu ketika proses penyesuaian pasu
    baru.
  • Selepas pemasuan semula, elakkan mengalih kaktus sekerap mungkin bagi
    mengelakkan berlakunya pergerakan akar yang
    membantutkan tumbesarannya.


    4) Penyiraman
  • Kaktus tidak perlu kerap disiram
  • Kekerapan siraman boleh menyebabkan ia mereput dan mati
  • Kaktus berduri tajam dan panjang jenis tahan lasak


    5)Baja
  • Yang terbaik tiga bulan sekali
  • Guna baja jenis ‘low nitrogen fertilizer.’
  • LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails