Menilai semula matlamat hidup Oleh Ashraf Muslim

Menilai semula matlamat hidup
Oleh Ashraf Muslim

Rancang membina kehidupan lebih baik di akhirat

APAKAH matlamat hidup kita? Ia satu persoalan besar yang ada sesetengah kita sudah menemui jawapannya dan masih ada yang tercari-cari, seperti juga saya walaupun banyak perkara dirancang berjaya dipenuhi dalam kehidupan ini.

Secara jujurnya, masih ada persoalan dalam diri yang masih kabur khususnya membabitkan kehidupan apabila rutin yang sama dilalui setiap hari seolah-olah tiada akhirannya atau mungkin jawapannya sudah ada depan mata tetapi saya sendiri tidak menyedarinya.
Ceramah imam jemputan dari Mesir untuk solat sunat tarawih di Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, baru-baru ini seakan-akan mengetuk pemikiran saya untuk menilai semula matlamat hidup saya (khususnya) dan kita (hamba Allah di dunia ini umumnya).
Katanya, apa yang kita lakukan seharian termasuk bekerja untuk mencari rezeki, melakukan amal ibadat serta apa saja aktiviti hanyalah sekadar memenuhi tuntutan kehidupan tetapi apakah makna hidup yang sebenarnya, masih ramai yang tidak memahami hakikat itu.

Pada saya ada benarnya kata-kata imam berkenaan kerana kebanyakan kita sering berasakan diri tiada kehidupan. Jika tidak, masakan ada yang masih lagi berkata I don’t have a life. Apakah kehidupan yang dimaksudkan atau yang masih dicari-cari itu?

Hasrat saya ketika tekad mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia seni dan menumpukan perhatian kepada kerjaya baru sebagai pengamal perubatan Islam menggunakan mukjizat al-Quran ialah untuk membantu mereka yang memerlukan, penghidap pelbagai penyakit yang sedang mencari penawar.

Mukjizat al-Quran sebagai elemen utama dalam proses rawatan juga saya lihat boleh dijadikan sebagai wadah untuk menyebarkan syiar Islam, mendekatkan masyarakat dengan al-Quran dan secara tidak langsung menimbulkan minat mereka mempelajari kaedah membaca al-Quran yang betul.
Begitu juga cita-cita warga Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah untuk menubuhkan hospital suatu hari nanti, tujuannya jelas sebagai usaha memartabatkan kitab dan wahyu Allah yang sepatutnya menjadi panduan hidup setiap insan.

Namun, secara peribadi saya masih terasa ada lompang sehingga kata-kata imam itu terus terngiang dan menusuk hati menyedarkan saya semua itu perlu menuju satu matlamat hakiki iaitu mencari keredaan Allah dan mencapai kebahagiaan di akhirat nanti. Sudah tentu syurga yang kita cari.

Itulah matlamat akhir kepada kehidupan di dunia iaitu membina kehidupan lebih baik di akhirat. Justeru, bagi mencapai kejayaan di akhirat, kita terlebih dulu perlu berjaya dalam kehidupan di dunia ini. Itulah kehidupan sepatutnya mewarnai hari-hari yang kita lalui.

Tidak salah untuk kita berusaha mengumpul harta di dunia ini jika itulah yang kita sedang usahakan sekarang tetapi biarlah ia dilakukan berpandukan syariat serta tidak sekali-kali melanggar hukum Allah. Pada masa sama, hak orang lain pada harta kita itu tidak dinafikan.

Tidak kira apa juga kerjaya kita atau bentuk kehidupan yang dilalui, tujuan akhirnya ialah untuk meraih syurga dan semua mengakui ia bukan perkara mudah untuk dilakukan.

Saya sendiri hingga hari ini masih tertanya-tanya apakah ceramah itu satu kebetulan yang memberi jawapan terhadap persoalan yang bermain dalam diri. Apa pun, saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk mendengar mesej disampaikan imam dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kehidupan saya menjurus ke arah mencapai kejayaan di akhirat dan meraih syurga, dengan izin Allah nanti.

Sekarang sudah jelas bahawa setiap yang kita lakukan kerana Allah. Puasa sepanjang Ramadan ini niat ikhlas kerana Allah. Jika itu hakikatnya, maka kita tidak akan merasakan puasa yang mengehendaki kita berlapar dari Subuh hingga Maghrib nanti sebagai satu beban, sebaliknya usaha kita mencari kejayaan hidup di akhirat.

Yang pasti untuk berjaya bukan mudah, jadi usaha gigih serta keazaman diperlukan kerana hidup manusia tidak terlepas daripada dugaan. Pasti dalam kita membina kehidupan menuju kejayaan di akhirat, akan datang pelbagai cubaan yang memerlukan kita bersedia menghadapinya.

Firman Allah yang bermaksud: “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan (saja) menyatakan: Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2)

Doa menjadi senjata umat Islam dan satu lagi perkara saya pelajari ialah kita terlalu banyak meminta tetapi ada perkara yang lupa kita hendak minta iaitu keampunan terhadap dosa serta kesilapan yang kita lakukan. Oleh itu, sebelum kita berdoa dan meminta yang macam-macam dari Allah, apa kata kita mohon keampunan serta kehidupan lebih baik di akhirat terlebih dulu.

Alhamdulillah, kini saya boleh fokus terhadap bentuk kehidupan yang ingin saya lalui serta ke arah mana kehidupan ini hendak dituju. Semoga kita semua akan memperoleh kejayaan hidup di dunia dan di akhirat serta tergolong dalam golongan yang akan meraih syurga Allah.

Daripada Anas bin Malik, beliau berkata, doa yang sering dibaca Nabi SAW ialah: “Ya Allah, ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.” (Hadis riwayat Bukhari dan Ahmad)

Kitchen Cures By Denise V. Suarez | EYP.PH – Mon, Aug 1, 2011

When we’re feeling sick, we look at the medicine cabinet to see what pills we can take. We should check out the pantry instead. Many everyday ingredients can treat different ailments and unlike drugs, they are inexpensive and with less side effects.

  1. Honey

    Honey is good for cuts and scrapes. It has three powerful components: sugar for absorbing moisture so bacteria can’t survive, hydrogen peroxide to disinfect and propolis to kill bacteria. Plus, the honey dries to form a natural bandage. Just spread thickly over the infected area.

  2. Olive Oil

    Olive oil is actually the basis of many skin moisturizers. For eczema, rub olive oil on the skin to keep it from drying out.

  3. Spicy dish

    Good for a stuffy nose or congestion, spicy dishes loosen the mucus by making the eyes and nose run.

  1. Garlic

    Garlic is antiviral, antifungal, antibacterial and an antioxidant so it has many uses. Take garlic when you have a cold to fight the infection and boost the immune system. Mix together minced garlic, warm water and honey for taste. Leave the garlic in the mixture for a few minutes then swallow without chewing. Another way of taking it is by chewing raw garlic cloves with honey. Repeat every two to three hours. Garlic can also be used for athlete’s foot due to its antifungal nature. Simply rub a clove of raw garlic to the affected area.

  2. Baking Soda

    Baking soda is used to remove odor so it makes weird sense that you use it for body odor as well. Sprinkling baking soda on your armpits and feet will reduce the moisture you produce.

  3. Chamomile Tea

    Wrapping cold, wet tea bags in paper towels can help sooth itchy eyes from colds or hay fever. The tannic acid in tea reduces the itch. Chamomile tea can also be used for calluses. Soak your feet in a diluted chamomile tea bath to soften the hard skin.

  4. Ginger

    Ginger has anti-sickness properties so it can help in nausea. Pregnant women can also relieve morning sickness by taking ginger biscuits.

  5. Turmeric

    Turmeric is good for treating many skin ailments. It can be used to sooth acne, scrapes and sunburn. Mix several drops of water with ½ teaspoon of powdered turmeric to make a thin paste. Apply the mixture on the blemishes or sunburn and leave for an hour. Be sure to rinse after because turmeric stains.

  6. Rice Water

    Bangladeshis have been using rice water as a treatment for diarrhea forever. The proteins in the rice help stabilize the bowel and it’s tastier than any medicine.

  7. Banana

    Who knew that aside from being a yummy snack, bananas can be used for bug bites? All you have to do is eat the fruit and apply the banana peel fruit side down on the bite. Hold it there until the itching subsides.

Alangkah indah jika ke......................

from website: http://www.panduanpengantin.com/honeymoon/

Sudah berkahwin? Selamat Pengantin Baru untuk semua (pengantin baru atau lama) semoga berbahagia sehingga ke anak cucu. Sudah semestinya setelah selesai hari perkahwinan, perkara yang akan difikirkan adalah Honeymoon atau Bulan Madu. Kemana hendak pergi berbulan madu? Pertanyaan ini pasti akan lahir di fikiran setiap bakal pengantin yang telah selesai berkahwin .

Dalam negara atau luar negara? Atau cukup hanya di rumah sahaja?

Bali - antara tempat yang sering menjadi pilihan utk berbulan madu

Mungkin anda gemar melancong dan telah merancang untuk bercuti berbulan madu di mana-mana sahaja. Ya, tetapi jangan tergesa-gesa untuk keluar berhoneymoon, anda perlu mulakannya di rumah. Bangkitkan suasana ceria bersama pasangan anda bermula dari rumah sebelum anda memutuskan keluar berbulan madu di mana-mana sahaja kerana di sinilah anda bakal meneruskan hidup bersama dan berbulan madu.

Kerana apa yang penting sebenarnya adalah suasana yang menjanjikan ketenangan, kedamaian serta jauh dari keramaian. Oleh yang demikian hiasi rumah anda dengan bunga-bungaan dan ubah susun atur rumah anda supaya tampak lebih baru dan ceria sesuai untuk mood anda sebagai pasangan pengantin.

Bagaimana untuk merancang Bulan Madu anda?

Berikut adalah perkara-perkara yang anda berdua perlu fikirkan sebelum bertolak ke destinasi bulan madu anda:

1 ) Bajet yang anda ada , kawal bajet anda sebaiknya agar tidak terlalu membebankan.
2 ) Destinasi pilihan samada ke luar atau hanya dalam negara
3 ) Tempoh masa untuk bercuti
4 ) Tetapkan tarikh dan waktu yang sesuai
5 ) Ejen pelancongan untuk dipilih

Pastinya telah banyak perbelanjaan telah digunakan untuk majlis perkahwinan anda sebelum ini, oleh itu anda perlu pandai merancang bajet seterusnya untuk bulan madu anda. Sebenarnya , anda tidak perlu untuk ke luar negara untuk berbulan madu sedangkan Malaysia mempunyai pelbagai tempat menarik yang belum pernah kita kunjungi. Tiada gunanya kalau kita kenal destinasi pelancongan luar negara tetapi tidak mengenali kawasan pelancongan tempatan.

Pulau Perhentian

Fraser's Hill

Contoh Pakej Berbulan madu:
RAMZA TRAVEL & TOURS AGENCY:

2 DAYS 1 NIGHT FRASER'S HILL HONEYMOON PACKAGE
2D1N /FH /FSR /0107


Package - RM 365.00 per couple

Includes :
• One night accommodation in a specially decorated studio apartment with queen size bed
• One welcome drink voucher for 2 person
• One breakfast voucher for 2 person
• One fine candle light dinner at Open Terrace.
• Coffee & Tea making facilities.
• Free voucher for Horseback Riding or Paddle Boating for 2 person.

Excludes :
• Return land transfer Kuala Lumpur - Fraser’s Hill
• horse riding – RM 4 ( adult ) / RM 3 ( child )
• paddle boating – RM 6 ( 2 person )

Lebih Tips Berbulan Madu

1- Hindari tujuan perjalanan yang akan membebankan anda dengan jadual yang padat.
2 - Carilah tempat-tempat yang tenang dan membuat anda berdua bersantai.
3 - Pilih lokasi hotel dengan servis layanan yang terbaik agar masa romantis anda tidak terganggu.
4 - Bawalah pakaian dan perlengkapan lain dengan secukupnya. Sesuaikan dengan keadaan cuaca tempat yang akan anda kunjungi.
5 - Jangan lupa pula kelengkapan seperti topi, kacamata pelindung / hitam, krim untuk sinar matahari, sisir dan perlengkapan mandi lainnya.
6 - Bawalah persediaan kecemasan seperti ubat - ubatan yang biasa untuk kecederaan ringan seperti luka, lebam dan sebagainya.
7 - Jangan lupa membawa passport dan kad pengenalan diri yang diperlukan.
8 - Dan yang paling penting, jangan lupa untuk membawa sijil perkahwinan anda.

Selamat berbulan madu.

Berikut adalah beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan bulan madu di Malaysia:

SYARIKAT PILIHAN
No 7, Baron Walk, Jalan Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah
012-5907732
Menyediakan Pakej Honeymoon yang menarik mengikut budget yang di minta di Pulau Langkawi serta Malaysia dan juga diluar negara.

15 Keyboard Shortcuts That Will Enhance Your PC Productivity

15 Keyboard Shortcuts That Will Enhance Your PC Productivity

3 days ago. by Shaun Zhang

Ever wondered what it is like to be able to complete your tasks in half the time? How come your peers are able to find time to play games while still completing their assignments in timely fashion? Perhaps they had some additional help you are not aware of, but have always been right in front of you.

No doubt you will have noticed the disruption and loss of time in switching your hands between the keyboard and mouse. Luckily wizards at Microsoft have been adding some little-known but time-saving keyboard shortcuts into their operating systems over the years. As a matter of fact, some really handy ones have been built right into Windows 7 and most modern web browsers. If improving your process flow is on your to-do-list, and maybe impress your bosses along the way, read on to find out more.

1. Move the cursor one word at a time

Keyboard Shortcuts

This trick will allow you to navigate the text word by word instead of letter by letter.

2. Select one word at a time

Keyboard Shortcuts

How about selecting entire words instead of letter by letter? This is what does the trick, selecting your text word by word.

3. Delete entire words

Keyboard Shortcuts

Doubt there is a faster way of ‘bulldozing’ through your unwanted text than this.

4. Select all text in the current line relative to the cursor

Keyboard Shortcuts

Instead of reaching for that mouse, try selecting your whole line of text with this.

5. Minimize all windows

Keyboard Shortcuts

Keep this trick handy if you like to Facebook in office.

6. Cycle between windows

Keyboard Shortcuts

Well this is certainly an eye-catching shortcut. Try it to see what I mean.

7. Lock the computer

Keyboard Shortcuts

Heading to the pantry for a quick bite? What better way to spend more time in the pantry than locking down your pc.

8. Launch the Task Manager

Keyboard Shortcuts

System’s hanging? Disable the troubled application with this trick.

9. Take a screenshot of the active window only

Keyboard Shortcuts

Cropping down a screenshot with multiple windows is a major pain, especially if you are a desktop real estate magnate. Capture a shot of your active window with this trick.

10. Rename a file

Keyboard Shortcuts

Forget about the right-clicking method, for this works with multiple files as well.

11. Zoom in and out

Keyboard Shortcuts

A common trick applicable to major applications, including browsers, word processors and Photoshop.

12. Return to default zoom

Keyboard Shortcuts

Done with the part requiring magnification? Use this trick to get your normal view.

13. In Browser: Open a new tab

Keyboard Shortcuts

If you prefer to run searches with a new tab, this is bound to be handy.

14. In Browser: Reopen closed tab

Keyboard Shortcuts

Definitely one of the most important tricks in the book; if you accidentally close your webpage while on something important, this will save your butt.

15. In Browser: Focus cursor on URL/search field

Keyboard Shortcuts

Why run through your massive list of Favourites if the URL has been etched into your memory?

There are plenty more shortcuts built into Windows and modern applications and it is up to you to perfect their use. As the saying goes, practice makes perfect. In no time you will be able to speed up your processing speed and have plenty of room to plan your personal appointments after work.

Kerang Rebus

Kerang Rebus

½ Kg Kerang

3 Btg Serai

3 Ulas Bwg Putih

4 keping asam jawa

Air ½ periuk

Daun Pisang

Garam

Cara-caranya:-

- Bersihkan kerang dgn daun pisang, asam keeping, garam, air

- Didihkan air masukkan garam

- Bila air mendidih, masukkan kerang yang sudah bersih. Tunggu hingga gelegak dan kerang terbuka.

- Makan dgn sos cili sedap…

anak emak

Cerita mengisahkan Siti (Almy Nadia) yang agak tertekan dengan suaminya, Hisham (Ungku Ismail Aziz) yang terlalu lebihkan ibu mertuanya dalam semua perkara. Situasi ini membuat kedudukan beliau sebagai seorang isteri tiada nilainya di mata Hisham. Siti terasa kehidupannya seperti bermadu dengan mak mertuanya. Walaupun duduk serumah, Hisham sendiri tidak berperluang untuk melayan kehendak isterinya tetapi lebih suka melayan kerenah maknya dan beliau lebih suka bermanja dengan maknya. Anak emak katakan.

Sardin Goreng

Ramuannya:-

1 biji bwg besar
1 biji lada merah n hijau
garam-skit
1 tin sardin sederhana besar
kubis/timun
roti
butter/sadid

Cara-cara

1) tumis bwg, lada dgn sadid/butter
2) masukkan ikan sardin yg sudah hancur
3) garam skit
4) masukkan kuah sardin itu
5) kacau hingga kering skit
6) makan dgn roti yg telah dibakar.
7) letak timun / salad dlm roti , boleh sos cili/ tomato pun sedap...

Telur masak hancur

Ramuannya:

1/2 biji bawang besar
garam
lada merah 1, hijau 1
telur 5/6 biji
tomato 5/6 biji.
roti
sadid/mentega 3 sudu

Cara-cara membuatnya:-

1) tumis bwg dgn butter/sadid
2) masukkan lada hijau n merah
3) masukkan garam
4) masukkan tomato-tunggu kering
5) masukkan telur-kacau selalu hingga kuning n hancur.
6) makan dgn roti panas2 sedap !! Boleh taruk sos cili jugak
7) Utk hiasan tambah timun batang yang dipotong nipis2

Jennifer Lopez: I need good skin


Jennifer Lopez says it is important for her to have “great skin and beautiful hair”.

The singer is famed for her gorgeous curves, glowing skin and sleek, long, flowing locks.

The 41-year-old focuses on maintaining a “healthy” look and concentrates on keeping her skin and tresses in good condition.

"I like to have a healthy look. For me, the most important thing is to have a great skin and beautiful hair,” she said in an interview with the French edition of Glamour magazine.

In order to maintain a healthy glow, Jennifer avoids smoking, alcohol and excessive sun exposure. The gorgeous star advises that women take time to look after themselves.

"To feel good, you have to treat your body as well as you can and lead a healthy life. This means you should eat properly, avoid staying under the sun for too long, not smoking and not drinking of course,” she explained.

The Latino songstress is “excited” about being the new face of L'Oréal. The beauty loves the fact that the cosmetics brand epitomises glamour.

"I am very excited ! I have always used L'Oréal products. It's a brand that symbolises glamour and innovation and this is something that I particularly like,” she gushed.



Petua-Petua Tradisional Pengantin

Terdapat beberapa petua yang menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati yang bermanfaat untuk diamalkan oleh para bakal pengantin perempuan dalam melengkapi proses rawatan tradisional sebelum melangkah ke jinjang pelamin. Antara petua tersebut ialah:

Bunga Mawar

Untuk menaikkan seri muka, bakal pengantin boleh mengamalkan petua memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, Fatihah dan ayat Nabi Yusof sebelum memakannya.

Timun

Lekapkan mata dengan hirisan timun selama setengah (1/2) jam. Petua ini juga dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta menghilangkan rasa lesu dan letih. Ia juga berguna untuk menegangkan otot bawah mata.

Lobak

Lobak yang kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk meningkatkan kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan untuk setengah jam.

Tomato

Bagi masalah kulit kurang bermaya, gunakan tomato yang telah diasingkan bahagian dalamnya. Sapukan lendir dan biji di dalamnya pada seluruh wajah, lalu dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas

Avocado

Bagi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi serta wajah, anda boleh mencuba buah Avocado yang ditempek isinya pada seluruh wajah. Rawatan ini mampu menghalang tumbuhnya jerawat baru.

Limau Purut

Bagi menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur, sapukan hirisan limau purut pada rambut di kepala. Limau purut juga juga dapat mencantikkan kuku dengan menyapukan jusnya pada kuku secara kerap

Artikel sumbangan Pn. Nuri (Pusat Rawatan Kecantikan Tradisional Annuri)

Lelaki Bandar Gemuk dan Berpenyakit?

Lelaki Bandar Gemuk & Berpenyakitar

Hasil kajian daripada persatuan Andrologi Malaysia dan Kajian Penuaan Lelaki ( MSASAM) mendapati 77% lelaki yang berusia di antara 40-70 tahun mengalami berat badan berlebihan. Ekoran daripada masalah ini, sebanyak 48% daripada golongan itu menghadapi darah tinggi, kencing manis (28%), penyakit Jantung (12%), Prostat (30%) dan 59.4% mengalami disfungsi ereksi (ED) atau mati pucuk.

Jambang Daya Penarik

Jambang Daya Penarik

Penampilan seorang lelaki bukan sahaja terletak pada gaya pemakaian tetapi dilihat secara keseluruhan. Ada yang beranggapan lelaki berjambang atau berkumis membuatkan seseorang lelaki itu nampak serabut dan tidak kemas. Walau bagaimanapun, tidak semua wanita beranggapan begitu kerana 40% wanita menganggap lelaki yang menyimpan jambang nipis adalah lelaki yang mempunyai sifat kelakian yang kuat, matang, agresif, dan mempunyai daya penarik tersendiri.

Gelap Lebih Seksi

Gelap Lebih Seksi

Di katakan warna kulit menjadi daya penarik setiap individu. Namun hakikatnya citarasa lelaki dan wanita berbeza-beza. Di mana lelaki sukakan wanita yang berkulit cerah manakala wanita lebih meminati lelaki yang berkulit gelap. Bagi lelaki kulit putih melambangkan kesucian, baik budi pekerti mulia dan lemah, manakala wanita pula menganggap lelaki yang berkulit hitam sebagai satu misteri, rakus, bahaya dan ada tarikan seks, Ini terbukti apabila sekumpulan saintis barat Universiti Torontom Kanada merumuskan bahawa lelaki berbeza latar belakang dan keturunan mempunyai persamaan dari segi meminati wanita berkulit cerah, berambut panjang, dan menawan. Manakala wanita pula melihat lelaki yang berkulit gelap sebagai paling menarik.

Syurga borong serantau

Syurga borong serantau




NAMANYA mungkin tidak sepopular Jalan Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur atau Nilai 3, Negeri Sembilan. Namun bagi kebanyakan peniaga kecil dan sederhana, Jalan Kenanga ibarat syurga terutama bagi mendapatkan pakaian dan kelengkapan tekstil pada harga yang sangat berpatutan.

Tidak ramai yang mengetahui kewujudan Jalan Kenanga jika disebut mengenai lokasi beli-belah popular di Kuala Lumpur.

Ini berikutan kawasan yang wujud sejak lebih kurang 40 tahun itu terdiri daripada unit-unit kedai borong yang menjual barangan secara pukal kepada peruncit dan peniaga kecil sahaja.

Apa sahaja barangan yang berkaitan dengan fesyen seperti pakaian, beg, kasut, aksesori, barangan solek, kelengkapan tekstil dan perhiasan rumah boleh dapati di kawasan yang juga dikenali sebagai Ho Ching Yuen itu dengan syarat - beli secara borong.

Tinjauan M2 ke deretan kedai lama yang terletak di persimpangan Jalan Loke Yew dan Jalan San Peng itu mendapati ia sebenarnya tidaklah terlalu sesak dengan pengunjung.

Kedai-kedai di situ kebiasaannya mempunyai pelanggan tersendiri.

Namun, kenderaan masuk dan keluar silih berganti. Untuk meletak kenderaan sahaja, penulis terpaksa berpusing berkali-kali.

Jika Jalan Tuanku Abdul Rahman lebih terkenal sebagai pusat pakaian yang lebih khusus kepada fesyen Melayu dan India, Jalan Kenanga pula tidak terbatas. Pastinya kepelbagaian itu membuatkan sesiapa juga rambang mata untuk memilih. Bukan sahaja busana muslimah seperti tudung, batik, blaus, jubah dan baju kurung, malah pakaian dengan aliran fesyen terkini termasuk skirt, top, legging, denim dan banyak lagi ada di situ. Juga terdapat butik pakaian kanak-kanak dengan pilihan jenama hebat.

Kedai-kedai yang terletak pada deretan bangunan lama itu beroperasi dari Isnin hingga Sabtu bermula pukul sembilan pagi hingga enam petang.

Menurut Setiausaha Persatuan Pemborong Pakaian Malaysia (MGWMA), Jimmy Chan, ketika ini terdapat lebih 400 premis yang beroperasi di sekitar kawasan tersebut.

"Lebih tepat jika kawasan ini disebut sebagai pusat fesyen tumpuan serantau bukan sahaja pemborong dalam negara malah dari luar juga," katanya yang juga merupakan pembantu peribadi kepada Pengerusi MGWMA, Datuk Ang Say Tee.

Jelas beliau, jika dahulu Singapura sering menjadi tumpuan pemborong serantau, kini ia beralih ke kawasan itu disebabkan beberapa faktor seperti penjimatan kos dan kemudahan yang disediakan.

"Pemborong dari Singapura, Indonesia, Thailand, Kemboja malah rantau Arab juga ada yang mendapatkan barangan di sini sejak kebelakangan ini," katanya.

Mengapa borong?

Anda mungkin berasa teruja melihat tanda harga RM30 untuk sepasang seluar slack berwarna hitam yang berkualiti baik. Namun harus diingat, ia perlu dibeli setengah dozen berlainan saiz dan warna bagi mendapatkan harga tersebut.

"Kami perlu melindungi pemborong dan juga butik-butik kecil di luar. Kalau anda boleh mendapatkan sehelai pakaian pada harga yang murah di sini, bagaimana keadaan peniaga yang memiliki butik-butik di luar?" soal beliau.

Bagaimanapun, Jimmy berkata pemborong adakalanya turut menjual bukan secara pukal dengan syarat harganya jauh lebih tinggi atau sama dengan luar.

Kebiasaannya kata beliau, harga kebanyakan barangan di situ membolehkan peniaga memperoleh keuntungan sehingga 20 hingga 30 peratus. Tambah beliau, pemilik butik biasanya tidak mempunyai masalah untuk menaikkan harga bergantung kepada lokasi perniagaan malah ada yang memperoleh keuntungan hingga 50 peratus daripada harga borong.

Konsep borong dalam masa yang sama juga kata beliau mampu mengelak risiko kerugian tinggi di kalangan pemborong.

"Berniaga pakaian sangat berisiko. Fesyen datang dan pergi, persaingan juga sangat tinggi. Adakalanya, barangan yang dihantar oleh pengilang tidak seperti yang diharapkan, kerana itu perlu ada peraturan agar pemborong turut merasai keuntungan yang sama," kata beliau.

Menurut Jimmy, pernah satu ketika ada yang mencadangkan agar pemborong di situ mengadakan jualan runcit setiap Ahad, namun ia tidak mendapat sambutan berikutan beberapa faktor seperti kekurangan kakitangan dan juga kerugian yang perlu ditanggung.

Selamat

Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Pengusaha Tekstil dan Barangan Am Malaysia, Yew Chin Liong berkata, mungkin faktor keselamatan dan kebersihan membuatkan pengunjung kurang selesa berurusan di situ.

Beliau yang telah berniaga tekstil di situ sejak 1970-an lagi dan 80 peratus daripada pelanggan perniagaannya terdiri daripada orang Melayu.

Mungkin suatu masa dulu kawasan tersebut dikenali sebagai 'kawasan gelap', namun menurut Chin Liong, kini tidak lagi. Sebaliknya kawasan itu menjadi tumpuan pelancong dari luar seperti Indonesia, Brunei, India dan Arab.

3 Secrets You Don't Know About Men

Did You Know:

The probability of a first marriage ending in a divorce within 5 years is 20%, but the
probability of a premarital cohabitation breaking up within 5 years is 49%. After 10 years, the
probability of a first marriage ending is 33%, compared with 62% for cohabitations.

Source: Rita DeMaria

Featured Topic: 3 Secrets I Bet You Don't Know About Men



1) When I'm upset I am very tone sensitive. How you say it is more important than what you say.

Most women focus on the content of a conversation when they're upset. Not Men. While they do
pay attention to what you're saying, how you say it is more important. When you are in a
disagreement you can yell, scream, or whatever...but that usually leads to a breakup. He can't hear
you when it's too intense.
He may well deserve to be yelled at and if he does, then go for it. Just remember, the
greater the amount of emotion a man feels, the more sensitive he is to your tone.


2) I don’t always know how I feel. That’s why I don’t tell you.

Men have an ability that most women don't understand: we can shut off our feelings pretty
easily. In fact, most of the time we aren't feeling anything. It takes a lot of effort for a
man to "feel." If you want to know what a man is feeling, ask him this question instead, "What
do you think about __________?"
You won't get an emotional answer like you'd receive from one of your girlfriends, but it's
easier for him to begin sharing his thoughts rather than start revealing his feelings.


3) If I do one thing and say something contradictory, go with my actions. That will always tell
you what’s in my heart.

I'm sorry to have to tell you this, but it's true... words simply don't mean as much to men
as they do women. The reason is that men tend to say what they believe...in the moment. Since
men don't feel often, they are very susceptible...when they do feel. If they are feeling romantic
at the moment, they may make a promise that they sincerely believe. However, they may not keep
that promise once that romantic feeling fades away. It isn't right and it certainly isn't
mature to do this, but that's what men do.
It is when a man consistently does these things that a woman should trust his intentions. It
isn't as important that a man says wonderful things as it is when his actions align with what
he says.

Tips Makan Gaji

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena..

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..." -- Datuk Dr. Fadilah Kamsah

Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja.

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera, tapi manusia tetap manusia, sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik, adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan, kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat, kita draw kat akhirat nanti, tapi kalau kita asyik dengki mendengki, nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih...

Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

Tanda-tanda lelaki komited utk married

Tanda-tanda lelaki komited utk married:-

1) KURANG KE TEMPAT HIBURAN:
- seperti bar, poolhall & kelab menari tetapi lebih suka duduk di rumah

2) ADA KEBEBASAN KEWANGAN:
- senang utk bayar bill tanpa bergantung pada org lain
- ada steady job

3) DIA MAHU JADI BAPA
- sukakan kanak2

4) DIA BOYFRIEND TP ACT MCM HUSBAND
- dia perkenalkan pada family & frieds die
- call setiap hari
- beritahu apa yg die buat dan nak tahu ape yg anda buat
- dia jujur & terbuka
- bercakap pasal masa depan bersama

TANDA- TANDA LELAKI X SUKA IKATAN

1) BELI KERETA PORSCHE
- die fikir kan ttg diri die shj bukan kita
- beli kereta bukan beli cincin kawen
- x simpan duit & x bertanggungjawab

2) CKP KAT KAWAN YG DAH KAWEN "LOSERS"
- utk couple adalah utk bahagia bukan nya teruk

3) SELALU BUAT ANDA MENANGIS
- x beri bahagia, unrealiable, abusive, liar, cheat uber-flirt
just divorce urself from this relationship b4 the court do that.

Biasanya lelaki ade masa tertentu yang die boleh komited, bergantung pada kematangan dan umur, kewangan dan lain2... x payah ubah fikiran mereka, percayakan mereka @ anda perlu cari lelaki lain yang lebih komited.

Badi 14 Tahun


Badi 14 tahun berakhir



Pemain Malaysia, Safee Sali (kanan) meraikan bersama rakan sepasukan, S. Kunanlan (tengah) dan Safiq Rahim selepas menjaringkan gol sewaktu menentang Indonesia pada perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 di Jakarta, malam tadi. – REUTERS

JAKARTA – Sejarah tercipta di bumi Stadium Gelora Bung Karno, buat pertama kali dalam sejarah penganjuran Piala Suzuki AFF 2010 apabila Malaysia menjadi juara walaupun tewas 1-2 kepada Indonesia dalam perlawanan akhir kedua untuk meraih kemenangan melalui agregat 4-2, semalam.

Bertambah manis anak didik K. Rajagobal berjaya melakukannya di hadapan 95,000 penyokong fanatik Indonesia yang terpaksa menelan kepahitan bahawa Malaysia lebih berhak merangkul kejuaraan edisi kelapan Piala Suzuki.

Ternyata bekalan 3-0 yang dibawa dari Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu cukup membantu kerana gol di tempat lawan yang dijaringkan oleh Safee Sali menjadi faktor penting mematahkan api perjuangan Indonesia yang mahu mencipta jaringan pendahuluan.

Bukan sekadar itu, penyerang negara, Safee Sali dinobatkan selaku penjaring terbanyak kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 dengan lima gol mengatasi pesaing terdekat, Cristian Gonzales.

Gol tunggal Malaysia dalam perlawanan ini diilhamkan daripada gerakan pantas Mohd. Ashari Samsudin ketika Indonesia rancak menyerang dan pemain Terengganu itu melakukan hantaran jauh yang disambut dengan baik oleh Safee Sali.

Safee dengan tenang mengawal bola sebelum mendapat posisi terbaik melepaskan rembatan kencang melalui kaki kiri menewaskan Markus Harison untuk memberikan gol penting di tempat lawan.

Biarpun Indonesia dengan mendapatkan dua jaringan pada minit ke-71 melalui Mohamad Nasuha dan Muhammad Ridwan pada minit ke-87, ia sudah terlewat buat skuad Garuda bangkit mengatasi Malaysia yang menang dengan kelebihan agregat 4-2.

Penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat wajar diberikan pujian menggunung kerana beraksi cemerlang menghalang hajat Indonesia memburu gol yang lebih besar termasuk menyelamatkan sepakan penalti pada minit ke-18 yang diambil oleh Firma Utina.

Walaupun pertahanan negara yang dikemudi oleh Mohd. Muslim Ahmad dan Mohd. Fadhli Shas bocor sebanyak dua kali, ketenangan dan kesungguhan semangat juang pemain Malaysia bertahan jelas menjadi kunci utama kejayaan bersejarah Malaysia.

Apa yang penting, kejayaan merangkul Piala Suzuki AFF akan menutup mulut media dan peminat Indonesia yang tidak henti-henti melancarkan provokasi semenjak hari pertama skuad Malaysia tiba di Jakarta.

Malahan, sebelum perlawanan, mental pemain Malaysia didera habis-habisan oleh penyokong tuan rumah yang menyebut perkataan Maling! Maling! dan membuat bising semasa lagu kebangsaan Malaysia dimainkan.

Bertambah pahit buat pihak Indonesia, ini merupakan kegagalan kali keempat buat Indonesia selepas empat kali mencuba di pentas final.

Selain membawa pulang trofi AFF, Malaysia meraih wang tunai sebanyak A$$100,000 sementara Indonesia mendapat A$$ 50,000.

Pemain terbaik kejohanan Piala Suzuki AFF dirangkul kapten Indonesia, Firman Utina. – Utusan

Khasiat Buah

Khasiat buah
Oleh Nor Affizar Ibrahim
affizar@bharian.com.my
2010/11/11

KHASIAT BUAH- SUMBER DR BERITA HARIAN

Kaya vitamin C, E dan bertindak sebagai ubat semula jadi

BUAH-BUAHAN adalah sumber makanan alami yang sudah tersedia ada dan mudah didapati, tetapi sayang, ia kadang kala dilupakan begitu saja terutama mengenai khasiatnya.

Buah kiwi misalnya, walaupun sangat kecil tetapi ‘gagah’ kerana ia sumber baik untuk magnesium, vitamin E dan serat, di samping mengandungi vitamin C sebanyak dua kali ganda berbanding sebiji buah oren.
Begitu juga epal, sebiji sehari menjauhkan kita dari berjumpa doktor. Walaupun sebiji epal mengandungi vitamin C yang rendah, ia mempunyai antioksidan dan flavanoids, yang mana menambahkan aktiviti untuk vitamin C, secara tidak langsung membantu mengurangkan risiko barah kolon, sakit jantung dan angin ahmar.

Buah oren pula adalah antara ‘ubat’ paling manis. Mengambil dua atau empat biji buah berkenaan sehari, boleh menjauhkan selesema, kolesterol mencegah dan melarutkan batu di dalam buah pinggang serta memperkecilkan risiko barah kolon.
Buah mangga juga mempunyai rahsianya tersendiri dan mungkin ramai yang tidak tahu mengenai manfaatnya dalam membantu membaiki kesihatan seksual, khususnya bagi lelaki.

Menerangkan fakta itu, pakar diet klinikal, Tan Yen Sing, berkata di sebalik rasa yang enak dan segar, mangga juga kaya berbagai vitamin, mineral, serat, dan karbohidrat. Malah, ia juga mengandung antioksidan yang tugasnya melawan radikal bebas, penyebab pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kardiovaskular.
Tan berkata, selain membantu sistem pencernaan, sebahagian besar seratnya larut dalam air dan dapat menjaga kolesterol supaya tetap normal.

“Dengan ada semua khasiat itu dalam buah mangga ia turut membuatkan pengaliran darah dalam tubuh berjalan lancar dan keadaan itu amat baik untuk lelaki ketika melakukan hubungan seksual, sekali gus membentuk gaya hidup seks yang lebih sihat,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran kempen kemasyarakatan Kesihatan itu Kekayaan yang diadakan di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Kempen anjuran MBG Fruitsshop itu bertujuan membantu menjelaskan mengenai hasil kajian kesihatan terkini kepada rakyat Malaysia, di samping mendidik dan menyebarkan maklumat terkini sebagai panduan.

Kempen berkenaan dilancarkan oleh Pengarah Urusan MBG Fuitshop, Adnan Lee bersama dua selebriti, Jojo Struys dan Hansen Lee.

Tan berkata, pengambilan buah-buahan sama ada yang diimport mahu pun tempatan adalah baik dan memberi manfaat kepada kesihatan. Ini dibuktikan oleh banyak hasil penyelidikan di seluruh negara.

Banyak manfaat buah-buahan dibuktikan dari segi saintifik, justeru, orang ramai tidak kira lelaki atau wanita dari pelbagai peringkat usia sentiasa digalak atau menjadikan buah-buahan sebagai satu hidangan wajib dalam menu harian.

“Kebanyakan masyarakat di negara ini menjadikan buah-buahan sebagai hidangan pemanis mulut dalam menu harian. Tetapi sebenarnya, buah-buahan juga boleh dijadikan snek sihat dan boleh dijadikan hidangan yang baik untuk diet. Pada masa sama, membantu merawat dan mencegah daripada pelbagai penyakit,” katanya.

Beliau berkata, pada 2005, lebih 17 juta orang meninggal dunia akibat penyakit kardiovaskular. Angka itu mencerminkan 30 peratus daripada kematian global. Kajian turut menunjukkan pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayuran sehari mengurangkan sehingga 17 peratus penyakit jantung koronari.

Kajian lain pula mendedahkan, kira-kira 19 peratus pengidap kanser usus dan 31 peratus pesakit yang mengalami pembuluh tersumbat didapati kurang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.

Tan berkata, antara khasiat penting yang terdapat dalam buah-buahan ialah kandungan seratnya terutama membantu pencernaan. Bagi orang dewasa, pengambilan serat yang diperlukan ialah 20 gram hingga 35 gram sehari manakala kanak-kanak berusia dua tahun ke atas ialah tiga gram hingga 18 gram.

Bagaimanapun, secara purata rakyat Malaysia yang dewasa mengambil kurang daripada 12 gram serat sehari dan ini sudah tentu belum mencukupi. Antara buah-buahan yang kaya dengan khasiat serat ialah epal, pisang, anggur, kiwi dan mangga.

Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 jam hingga 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat dalam usus besar serta mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.

“Serat dalam buah juga akan memberikan rasa kenyang yang lama dan ini memudahkan mereka yang ingin mengawal pemakanan. Serat serap air dalam epal misalnya, membantu mencegah terbinanya kolesterol dalam darah,” kata Tan.

Tan berkata, buah-buahan boleh diambil setengah jam sebelum atau selepas makan. Sebaiknya, alas perut dulu dan jangan memakannya secara tiba-tiba kerana ia boleh memberi kesan pada perut jika tidak biasa.

Katanya, pengambilan buah-buahan sebaik-baiknya dipelbagaikan, malah lebih elok jika dalam pelbagai warna seperti pelangi kerana ia dapat menjamin khasiat yang lebih banyak dapat dinikmati.

“Ada pelbagai cara untuk menikmati buah-buahan dengan lebih menyelerakan. Misalnya, jika ingin menjadikan pemanis mulut, anda boleh letakkan ais krim di atasnya atau tambahkan dadih tetapi pastikan jangan terlalu manis terutama jika makan mangga kerana buah itu sendiri sudah pun manis. Untuk mendapatkan tidur yang lebih tenang dan berasa rehat, ada juga yang mencadangkan minum susu panas terlebih dulu, kemudian barulah makan buah kiwi,” katanya.

Bagi yang ada penyakit tertentu atau mempunyai masalah kesihatan, perlulah berhati-hati dan bersikap memilih. Ini kerana ada buah-buahan tertentu, mungkin tidak sesuai diambil. Contohnya, jika individu berkenaan mempunyai masalah penyakit buah pinggang kronik, jangan sama sekali mengambil buah belimbing kerana pengambilannya boleh memburukkan keadaan.


Contoh menu harian yang mengamalkan pengambilan buah-buahan:

Sarapan: Satu biji pisang dimakan bersama bijirin.
Tengah hari: Dua biji kiwi
Minum petang: Satu hidangan dadih rendah lemak bersama suku cawan kismis
Makan malam: Sebiji epal (saiz sederhana)

INFO: Buah-buahan dan khasiatnya:

Anggur/kismis
# Mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung dan kehilangan ingatan, antipenuaan, antioksidan, antiradang, menjaga kesihatan kulit, mata, kardiovaskular, kesihatan gastrik, kesihatan saluran kencing dan menentang penyakit gusi.

Oren
# Untuk menjaga kesihatan jantung, penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser. Anti oksidan, membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.

Epal
# Mencegah demensia, mencegah kenaikan berat badan, menurunkan kolestrol, menentang kanser dan anti oksidan.

Pear
# Antioksidan, menjaga kesihatan kardiovaskular, antiradang, menjaga kesihatan jantung, menyembuhkan luka dan lebam, membaiki tisu, menjaga kesihatan penglihatan, menentang jangkitan, menyokong transmisi saraf, melawaskan perut.

Pisang kaki
# Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.

Mangga
# Antikanser, menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit, membantu membaiki kesihatan seksual, berfaedah bagi anemia dan mencegah selaran panas.

Kiwi
# Membantu mengatasi insomnia, mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida), membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas, berdehit dan batuk malam), mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit, menjaga kesihatan penglihatan, kesihatan kolon dan kesihatan prostat.

Pisang
# Antikemurungan (membantu membaiki ragam diri dan tidur), antioksidan, mengawal tekanan darah, meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan, meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan risiko kanser, melegakan ciri-birit dan juga sembelit.

DIA

Dia

Dia insan pertama yang bertahta
Dia insan pertama yang ku cinta
Dia pernah membuat ku bahagia
Dia yang mengajarku
Tentang erti rindu

Dia yang dulu pernah ku sanjungi
Pergi seingga kini tak berganti
Hilang dari pandangan hidup ini
Membawa luka pedih tak terperi

Tiada ku duga
Permulaan yang jernih
Menjadi keruh dengan tiba-tiba
Bisa rintangan antaraku dan dia
Cinta terlarang oleh orang tua

Kini terkilan sungguh rasa hati
Dia tak pernah lagi ku temui
Dia ku abadikan dalam jiwa
Terima kasih atas segalanya

by Edirossa

Ceramah di masjid

Kesedaran mendidik generasi Islam berkualiti

data menunjukkan bahawa 57 negara yang bernaung di bawah OIC, iaitu negara-negara Islam, hanya ada 500 universiti shj yang ada berbanding negara US ada 5,758 universiti manakala India 8704 universiti. Di sini kita dapat melihat betapa org-org bukan islam mementingkan ilmu kerana dengan ilmu lah mereka dapat menguasai dunia. Cuba kita bandingkan umat islam ramai tetapi x dapat menguasai ekonomi. Nisbah umat islam dgn bukan islam adalah 1: 100 setiap penduduk bumi. 500 universiti yang berada di negara- negara islam, tiada pun yg tersenarai dlm universiti terbaik dunia. Oleh itu sedarlah kita harus kembali mendidik generasi akan datang ke arah islam, menjaga sembahyang... kerana dgn sembahyang lah kita senang memperoleh ilmu dan murah rezeki... berbanding org yg x sembahyang sudah menerima azab atas bumi lagi apatah lagi dalam kubur nnt. Hidup org x sembahyang x berkat, hilang cahaya nur di wajah, doa tidak dimakbul dan tidak dpt menerima doa dr org soleh.

Kita skrg lalai dgn lagu, sibuk meyanyi, berhibur dan melakukan perkara-perkara yang x berfaedah. sedangkan tujuan asal kita di hidupkan adalah untuk menjadi hamba dan beribadat sebanyak-banyaknya. Oleh itu, tuntutlah ilmu kerana ilmu amat penting untuk menyuluh kehidupan manusia.

kelas

Adakah anda kelas pertengahan?
Anda boleh menilai diri dari segi 6 inspirasi sbg benchmarks iaitu:
• Mempunyai rumah
Mempunyai rumah sendiri adalah impian semua org. Langkah bermula dr menyewa rumah kemudian ade rumah sendiri dan pencapaian. Impian ini boleh dicapai melalui pendapatan dan bergantung kepada lokasi.

• Mempunyai kereta
Mempunyai kereta sendiri memberi anda kebebasan utk bergerak dan memudahkan anda menyusun jadual sendiri berbanding terikat dgn kemudahan awam spt bus. Di sini terdapat byk cost dimana bergantung kepada jenis kereta. Ade sesetengah org mahu kereta secondhand dan ade pula yg mahu kereta baru.

• Pendidikan kolej utk anak-anak
Menolong anak2 dalam hidup mereka adalah keutamaan bagi kelas pertegahan. Membayar utk kolej anak2 kosnya boleh dari murah ke mahal . Keputusan university mana yg anak akan hadir mempengaruhi kesan kos tersebut.

• Keselamatan Persaraan
Persaraan adalah keinginan semua org. Ini menunjukkan kejayaan dan sbg tanda anda telah bekerja keras. Definisi ini ade byk beza.

• Kesihatan
keupayaan utk menentukan kesihatan adalah penting kpd kelas pertegahan. Kos utk perubatan selalu naik dan banyak permintaan . Kesan jika tiada perancangan dalam kesihatan akan menyebabkan masalah kewangan.

• Percutian keluarga
Kelas pertegahan menunjukkan mereka ada pendapatan lebih utk bercuti dan cukup berjaya utk berehat dari focus kepada kerja sahaja.

Bagaimana menjadi kelas pertegahan
Globalisasi dan teknologi terkini menurunkan kemajuan kelas pertengahan. Tenaga buruh lebih murah dari pendatang asing. Teknologi juga boleh ganti manusia utk meningkatkan productivity.
Utk mencapai kelas pertegahan ramai suri rumah bekerja akan mendapat dua pendapatan dr satu keluarga. Kesusahan utk mencapai matlamat ini kerana kerja semakin kurang dan faedah kerja spt pencen dikurangkan. Kos belajar plak makin meningkat sama dgn kos kesihatan.
Bagaimana mencapai objektif itu?
Walaupun menghadapi cabaran yg hebat utk mendapat kelas pertengahan kita perlu proaktif utk mencapai impian. Budget adalah perlu. Kemana wang kita pergi dan setiap bulan boleh menentukan ketepatan benchmarks yang anda cube capai. Anda pilih ape yg sesuai dgn kemampuan anda.
Perancangan adlh langkah penting. Dimana anak nak pergi swasta atau university awam. Ada pilihan biasiswa ke x?
Kerja adalah keperluan jugak. Selain dari kerja utama anda perlu side income utk meningkatkan lagi pendapatan anda mencapai matlamat2 tersebut. Pelaburan juga perlu utk anda fikirkan Anda juga perlu ade simpanan sendiri utk persaraan.

Tolong jangan merendahkan kerja keras dan nasib. Kadang2 berada di tempat betul pada masa yg tepat atau mengambil tindakan yg perlu akan mengubah keadaan. Jadi rebutlah peluang2 yg ada. Bak kata pepatah: Usaha tangga kejayaan..

something interesting to share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails